Friday, December 16, 2011

Simple Tiramisu


Assalamualaikum~~

sebelum berehat di hujung minggu, tun nk tayang tiramisu yg tun buat 2 hari lepas.. tiba2 adik tun ckp nk makan tiramisu, so petang tu jugak menjejaki kedai bakery beli cream cheese, whipped cream ngan sponge cake mix. hehe.. malas nk buat sendiri, takut x jadi. still guna resepi umie@myr, sbb senang dan sedap. cuma kali ni tun tambah lemon juice, jadi lagi sedap ^^

last time tun guna eggless choc cake, mmg x sesuai rasanya. cepat sgt muak. mmg kek yg moist x sesuai guna utk buat tiramisu. kalau xnk buat kek, beli je sponge kek kt kedai. ni tun amik short cut guna sponge cake mix je. sedap jugak..


Tiramisu Simple
Sumber: umie@myr

Bahan2:


  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek - jgn guna moist kek, nanti muak
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan- tun grate chocolate
  • 1 bj limau nipis, amik jus - tun tambah
Cara2

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu- masukkan jus limau nipis n pukul sebati
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

14 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Tun..tak hujan ke...Makan tiramisu musim hujan sedp kot.Lepas tu minum kopi ya...emmm

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

awesome!!!! I LIKE....reserve some for me

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun cayang..
waaah! memalam nie singgah kat dapur tun nie... nampak tiramisu ler... suka sgt makan tiramisu... sedap2!!..

dZana said...

Aslmkum tun.. iss sedapnya .. lama tak buat.. selamt brehat di hujung minggu..

Yatie said...

sedapnya tngk tiramisu ni..akak tak pernah buat tawww..tngk bahan2 simple, rasanya nak wat gaklah..dah terliur benar niiiiii...

Yana Shaiful said...

xmo ckp byk..bak sini 2 potong hihii..suka sgt tiramisu..nk bt jgk lahh ^_^

Unknown said...

suka sesangat tiramisu.....tertelan2 air liur ygk gambo tun nih..... ;)

quinnie said...

rajin betul kakaknya..buatkan tuk adik..hehehe...kita tak pernah buat tiramisu ni...teringin nak rasa...derang kat rumah ni tak makan..tu yg lemau je nak buat..kekeke

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum adik Tun sayang..
Tun, nak sikit tun..Nak buat kek ni akak tak tau nape malas sgt..hehehe...

p/s: akak pun suka sgt fp kak Hanieliza tu. Dulu asal bangun tidor jer, lepas sembahyang subuh tu terus bukak fp dia. Satu hari tak bukak tak sah..heheheh

nOOrsha said...

salam tun... akak pun suke buat tiramisu resepi kak umi e ni! senang n sedappp kan.. hehe..aritu wat pakai sekot merry, sedap juge.. pastu wat pakai cifon kek..pun sedap
! sume sedap lah.... nyumnyummm...

Cheq Sue said...

dalam banyak2 resepi, tiramisu ni la yang cheq sue tak teringin nak makan, tapi bila nengok sana sini, tun pun dah berapa kali tayang, tergugat jugak iman ni... kena tunggu balik ch baru leh cuba, kat kg ni tak laku...

kak ijan said...

Kak Ijan pun teringin nak makan tiramisu.dah lama benar tak buat. hmmm, bila nak buat nih. hehe

maz said...

Tunnnn..ni bkn simple lagi dahh..tpi perfectttt tiramisuu..waaa sdpnya klu dpt sptongg..lamanya kmaz xbuat kek niii...

Anonymous said...

tgk tiramisu..teringin nak makan tiramisu...asal ape yang org tayang semuaaa teringin nak buat...kat esbok tuh ade 750gm cream chese..tgh dok mencongak2..nak buat yang mane satuu hihihi