Monday, February 27, 2012

Ayam Bakar Halia


Assalamualaikumm~~

dh nk maghrib baru nk buka blog. td sepetang gi ziarah jiran yg x sihat, so sempat nk BW awal2. nway, sblm tertangguh2, nk letak resepi ayam nih :) mmg sedap sgt. duk tertliur2 tgk kak ummi nyer ayam, bila kak ummi letak je resepi,  terus tun gi defrostkan ayam :D 

resepi yg sgt senang nk buat. perap lama2 lg sedap. xleh nk bebel lama2, ada hal nk buat. hihi.. nnti tun BW ye ^^


AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

7 comments:

HaSue said...

Akak pun terliur masa kak ummi tyg aritu..bila tah nk buatnyer..nmpk menyelerakn ayam tu tun..mesti best nk ratah..uii

Mas said...

cepatnya tun buat...
kak mas pun nak buat gak ayam ni..
tunguuuu....

Anonymous said...

salam tun..

akak pun winduu jugak sama tun...
ayam ni kalau digandingkan nasi ayam.mesti sedap kan...

Sue @ Nenie said...

Salam Tun..sedapppnya klu dapat makan ngan nasi lemak

tun_telani said...

kak sue: wah.... lamanyer x nmpk kak sue kat sini. hahaha.. duk kt kg ye, tenet mcm laju je tu ;)

kak mas: haha..sekali sekala kalahkan kak mas

tun_telani said...

kak CB: tun mkn ngan nasi putih je (sbb malas) tu pun sedap sgt, kalau ngan nasi ayam mmg lagi sedap.

kak sue@nanie: mmg sedap kak.

Ummi said...

Waaahh mengganazzzz adinda sorang ni...kemaiiinn...tayang x hengat! Hahahhaa..nak buat lg sekali eh..lebih2 k, panggil kita2 orang semua makan..wokeeehh! hehee...