Wednesday, February 29, 2012

Nasi Beryani dan Ayam Panggang Berempah


Assalamualaikumm~~

hihi.. td kak ummi ckp kene buat kek ye kat kawan tun.. kalau duk dekat2 mesti tun dr semlm dh gi wat girls nite kt umah dia :) iA balik semenanjung nnti kita makan kek bday tertunggak ye hafizah :X

sblm mkn kek tu kita mkn dulu nasi beriani ni :D ekceli dh wat jumaat lepas dh ni. hehe.. masa tu nk buat ayam panggang halia, tp xde resepi lagi, so gandingkan dgn resepi ayam panggang yg paling senang yg tun jumpa. hihi.. still kt godek2 umah kak ummi jugak. senang dan sedap! ^^ 


my laling ckp, mcm duk kt asrama, hari jumaat dpt makan sedap. haha.... me mmg dh biasa, kalau hari jumaat tu mesti pikir lebih sket nk masak apa :) eh, ni bukan maksudnya hari lain masak x sedap, cuma biasa hari jumaat je yg buat nasi berperisa2 nih. kalau kt kampung mesti duk ulang2 nasi ayam bila hari jumaat, sbb chen (adik bongsu) mmg hantu nasi ayam. nanti balik semayang jumaat, sibuk la dia masuk dapur tanya masak apa.. wah.. windu nk balik kampung!


Nasi Beriani
Olahan dari:  Resepi di peket rempah beriani Faiza

Bahan:
  • 1 kg beras basmathi - tun prefer beras wangi
  • 6 sb minyak sapi - tun guna butter
  • 6 ulas bawang merah- mayang
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 sb rempah beriani
  • rempah tumis ( 2  inch kayu manis, 4 cengkih, 2 bunga lawang, 3 bj ketumbar)
  • 3 helai daun pandan
  • 3 tangkai daun pudina- tun xletak
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb jus oren- tun letak sunquick
  • 1/2 c susu cair
  • garam
  • sedikit pewarna kuning jika suka- tun x letak
  • air secukupnya

Cara2:
  • panaskan minyak sapi dan tumis bawang, bawang putih dan rempah tumis hingga naik bau.
  • masukkan rempah beriani dan gaul rata. masukkan beras, garam, daun pandan, daun pudina, kiub ayam dan jus oren. gaul rata.
  • masukkan air dan susu cair. masak seperti biasa.
  • bila air dh kering blh masukkan pewarna kuning jika suka.



Antara byk2 resepi, ni resepi yg ayam panggang yg paling senang sekali tun jumpa. sbb guna rempah kurma, dh x perlu nk blend rempah2 lain dh.. walaupun senang, tp rasa tetap tip-top. resepi lama dh ni, thn 2009 kalau x silap tun. ntah2 kak ummi pun dh lupa kewujudan resepi ni ye. hihi... apa2 pun, tq akak2 ku cayang :X

Ayam Panggang Berempah
Resepi: kak Hanieliza
Sumber: kak Ummi


Bahan:-
  • 1 ekor ayam - bersih dan keringkan..(*akak kerat ayam kpd 8 bahagian)
Bahan Mesin:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Gaulkan kesemua bahan mesin dan perap bersama ayam untuk beberapa jam.
  2. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam. (akak susun bahagian2 ayam dan bakar dulu selama 30 minit, then terbalikkan ayam dan bakar lagi 30 minit.)
  3. Hidangkan dengan coleslaw, sos lada hitam dan sayuran salad serta fries.. (tun makan ngan nasi beriani)

    9 comments:

    IeRA said...

    Sedapnya!!!!!!!!

    Ummi said...

    Waaaaaaaahhh, rasa nak duduk hostel semula laaaa...kot ada mokcik kantin nak masakkan nasi beriani ni...siap dgn ayam panggang berempah tu ha...hehehee.. Aah laaa, betul cakap Tun, akak dah lupa dah pun resepi ni pernah masuk tekak akak dan wujud di dapur ku itewwww....hahahhaha. Ingatan ku dah ke lautan sepi dah...kena kunyah kismis byk2 pasni...ekekkee...

    Tun, selongkar dapur akak tu, kemas blk ke x? Xpun, akak denda double, basuh kain sekali nnt...hehehe

    Mama Hawa/Mama Nani said...

    Huwaa sedap yer Tun mkn ngan nasi briyani...
    mama pun ada msk nasi minyak last week blm sempay N3 lagi..byk gmbr blm sempat masuk blog! hehehe
    Rajin Tun.. mesti cik hubby cayang!!

    Cheq Sue said...

    simple pun nampak sedap je tu tun... ayam tu buat makan dengan nasi biasa pun ok kan

    Unknown said...

    salam winduu dik tun cyng!! wahhh ada nasi beriani ni..akak ngan hubby memang suka sokmo mkn nasi beriani ni.lauk apa pun tak kisah.

    nak blk bercuti ke Tun? bestnyer...semoga selamat sampai ya:)

    kak ijan said...

    Kak Ijan pun selalu tunggu sampai hujung minggu kalau nak buat nasi best2 ni. hehe... rasa puas makan. boleh gitu :D

    Mas said...

    tun...sedapnya klak mas tengok set nasi tu.....
    rajinnnn la tun ni..

    Nadz Nazharzan said...

    Hai tun, tgh berdiet ker. mkn yg panggang2 jer ni..heheheh..

    Sheery Dream Cakes said...

    sedapnya tgk nasi n ayam panggang berempah tu tun... sgt2 menyelerakan...