Monday, April 30, 2012

Flour Tortilla and Chicken Wrap


Assalamualaikummm!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D

uhuk uhuk~~ byknyer abuk! seminggu x mengapdate blog. ada virus baru ke? hihi.... my laling sampai jumaat malam aritu, so kembali keletung-keletang kat dapur. nasib baik x berkarat periuk tu lama ngan terperam kan. haha.. ingatkan boleh jugak kurus bila gantung periuk, tp sebab makan merepek2, so berat maintain je.. ye laa, mana ada org lain yg goreng kopok ikan semata2 utk lunch kan? kui kui...

tortilla nih dh lama tun usha resepi dia. xtau laa bape lama terperam dlm folder 'queue' tu. so, sempena kepulangan my laling terchenta tu, tun pun dgn rajinnyer menguli tepung dan memerap ayam.. mula2 teringat kat kepci nyer twister, tp sbb fikir byk kali nk menggoreng ayam tu, x jadi pulak. tun grill kan aje chicken breast tu sesuka hati ^^


resepi flour tortilla usha kt myresepi. pastikan gelek nipis ye, kalau tebal nnti susah nk wrap. tun frozenkan yg uncook, lapik plastik every layer. ala, yg mcm kalau kita beli roti paratha instant tu kan, haa, lapik macam tu la. pastu bila nk masak, x perlu defrost, terus letak atas non-stick pan. 

Flour Tortilla
resepi: azareena@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12 keping ) - tun dpt 14 keping
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)- tun letak 4 sb olive oil
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
  • Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  • Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.- tun uli guna mixer mata cangkuk
  • Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  • Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  • Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.


tortilla ni sgt versatile.. filling ikut creativity masing2. kalau nk cepat tu, blh letak hotdog atau berger je.

Chiken Wrap
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 5 keping torilla
  • 2 keping dada ayam- kiubkan
  • 2 ulas bawang putih* - tumbuk
  • 1 bj bawang merah* - tumbuk
  • 1 batang serai* - tumbuk
  • 1 sk madu*
  • 1 sk serbuk jintan putih*
  • 1 sk serbik jintan manis*
  • 1/2 sk garam*
  • Kobis- sagat
  • carrot- sagat
  • tomato- slice
  • lettuce
  • mayonis dan sos cili secukupnya

Cara2
  • perap ayam dengan bahan2 yg bertanda * selama beberapa jam. lg lama lg sedap.. tun perap 3 jam.
  • grill atas non-stick pan atau griller hingga masak. balikkan every few minutes. 
  • ambil sekeping tortilla, letakkan lettuce, susun kobis, carrot, tomato dan ayam td kt tengah, paipkan mayonis dan sos cili.
  • gulungkan dan sedia utk dimakan ^^




Monday, April 23, 2012

Khao mok Kai @ Nasi Komok @ Nasi Minyak Thai


Assalamualaikummm~~~~

mengapdate dgn malasnye.. huhu.. owh.. saya sungguh xde mood! 4days without my boypren sgt membosankan.. periuk belanga semua gantung. yg hidup is microwave.. utk men-defrost apa2 yg dh difrozen dlm peti tu bila terasa mcm nk makan.. lunch makan pau sebijik, dinner pun pau sebijik. muahaha.. ni baru pas mkn 2 keping biskut kering cicah kopi. mesti my laling sedih bila baca nih. huhu.. lambatnyer ari jumaat!!!  :(

nway, sbb dh buhsan sgt (arini duk golek depan tibi, pastu tido, then bangun tido sambung duk depan tibi.. owh.. sungguh sedih...) nasib baik jugak ada jiran tetangga utk diganggu. tp takkan 24jam nk ganggu ketentraman orang kan?

nway.. nasi komok yg sedap ni menu last week! haha.. xde byk pun gambar2 yg blh ditayang dlm folder, so kalau x mengapdate tu paham2 je la k :)

bendi xleh tinggal..
thank you kak anna and kak ayu for the recipe. xtau pun pasal kewujudan nasik nih.. mmg sedap walaupun tun xguna basmati. kalau dh terasa nk makan tu, xde nyer nk tunggu gi beli basmati kan, guna je beras cap ayam kt umah ni.. haha.. yg dlm italics yg tun buat.


Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Minyak Thai
Resepi asal: Azian , Aisya Khuzaimah
Sumber: Kak Anna, Kak Ayu


Rempah Komok
  • 2 sk serbuk kari ayam/daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
    1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk kayu manis - tun xletak sbb dh letak rempah kasar kayu manis
  • 1 sk garam
  • 1sk gula - tun xletak

Bahan2 Nasi
  • 5 cawan beras basmathi - tun guna 2 cawan
  • 4 sudu minyak sapi - 2 sudu olive oil
  • 4-5 ulas bawang merah* - 1 bg bawang besar
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih* - 2 ulas
  • 3 batang akar ketumbar- xletak
  • 2-3 Sudu rempah komok - 2 sudu besar
  • 200 ml susu cair - 1/2 cawan
  • 1 ekor ayam - 6ketul
  • 8 cawan air - air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
  • 2 bay leaf- optional
  • bawang goreng
    (*Hiris benda bertanda*)
Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. tun masukkan masukkan bay leaf.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, tun lumur dgn lebihan rempah komok). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. tun bakar atas non-stick pan.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


sos ni sedap!! ^^


Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
  • 6 biji cili merah*
  • segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
  • 4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*- tun skip
  • gula, garam ,cuka - secukup rasa (tun letak gula melaka)
Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

atau boleh guna sos resepi kak anna:

Sambal/Sos Nasi Khao Mok
  • 6 biji Cili merah *
  • 10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
  • Daun Ketumbar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci Halia *optional
  • Cuka
  • Garam
  • Gula *lebihkan
  • Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.

Cara-Cara :
  • Blender bahan bertanda (*).
  • Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
  • Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
  • masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
  • Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
  • **Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2.. 


Saturday, April 21, 2012

Homemade Popcorn


Assalamualaikumm~~

mengapdate di hujung minggu.. nmpk sgt xde keje kan.. huhu.. biasanya sabtu akan keluar ke bandar re-stock barang dapur. dh my laling xde kt umah nih, nk kuar bandar sorang2 mcm sedih la pulak (tu pun nk sedih, manja sungguh laa budak tun sorang nih..). nway, lagipun sbb bila duk sorang2 ni, nk masak pun malas, agak2nyer lunch pun mkn sekut kering cicah air milo. dinner mmg tun x makan, paling2 pun buat air teh.. haha.. kalau lama duk sorang2 kompom kurus :P

nway, popcorn ni dh buat pagi semalam. ni percubaan ke 3 membuat popcorn nih..gara2 tergoda dgn kak ijah siam nun. teramat sgt laa senang rupa2nya. panaskan minyak, kecikkan api sket, masukkan corn kernel, tutup tudung periuk n tunggu dia letup2. hehe.. yg bab letup2 tu yg paling best tu. excited je tgk dia popping ^^  masa 1st time buat tu letak 1/4 c corn kernel. sbb baca komen2 kt myresepi tu, ada yg ckp utk amount oil dlm resepi tu sesuai utk 1/4 c kernel. sekali penuh 1 periuk 18inch! siap nk nk terangkat tudung periuk tu. byk gler! haha... so utk kali ni tun wat sikit je.. 1/4 c kot. lbh kurang la.. half kan oil tuh.

before
after

nk buat popcorn tu mmg senang.. yg mencabar tang karamel tu.. 1st time buat, tun cairkan gula dlm periuk yg masak popcorn tu. hangus letung, pahit lepang jadinyer.. langsung masuk cik tong. huhu... tayang kat fb.. kak izah pun tayang popcorn gak masa tu.. antara dua darjat je nmpk rupanya.. kui kui.. sian kt popcorn tu.. xpe2.. belajar dr pengalaman kan.. buat karamel dlm kuali baru ok sket. nmpk dia mencair je terus tutup api, sbb kuali tu dh panas utk buat dia jd brown. nmpk brownish, cepat2 gaul sbb dia terhangit.

makan popcorn sambil tgk muvie, pastu tutup lampu.. wah.. romantik gitu!

HOMEMADE POPCORN
Resepi Asal : ALUDRA MyR
Sumber: Kak Ika


Bahan-bahan ( Ikut suka.. )
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya - 1/4cawan
  • garam secukup rasa

Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)


Cara-cara

  • Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  • Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  • Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  • Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Untuk Coklat [Optional]

  • Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

Untuk Karamel [Optional]


  • Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.>>boleh letak pewarna kesukaan seperti merah, hijau n kuning 
 

Friday, April 20, 2012

Cucur Udang Watierman


Assalamualaikumm~~~

arini kita bersedih hati.. bakal bersedih hati smp minggu depan.. my laling baru bertolak ke kuching td, seminggu duk sorang2 nii.. uhuk uhuk :( mula2 ingat nk ikot, tp last2 dia kene gi ngan pegawai lain, xkan nk menyibuk pulak kan. sowy laa kak ct zaliedana, x kesampaian pulak gader2 kt kuching. 

nway.. no emo2 kat blog, nnti org yg baca elok2 je mood, dtg dapur kita, ter-emo sekali kan. huhu... cucur ni buat bekfes td. nama je cucur udang, tun xde pun udang tu, dh jd cucur ikan bilis. tgk kak Q buat semalam, terus tertarik sbb nmpk letak air kapur. xpernah lg wat cekodok letak air kapur.

mkn dgn kuah rojak pecal. sedap!
rasa dia lbh kurang sama je dgn cucur yg biasa tun buat. hihi... texture dia agak chewy la kak, ke tun ada tersalah apa2. tp sedap jugak.. xleh makan selalu makanan goreng2 nih. bahaya2.. huhu

Cucur Udang

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil margarine/butter
  • 2 sudu besar air kapur yang jernih
  • 1  cawan taugeh
  • 1 tangkai cili merah / hijau (cincang) ni terpulang...Akak letak hijau sebab tak ada daun bawang/kucai
  • garam atau serbuk ikan bilis -Q ganti dgn ikan bilis..skit je letak
  • serbuk kunyit (Optional) untuk warna menarik
  • minyak untuk menggoreng
  • udang secukupnya -Q tak letak ni sebab tak dek udang
  • Air sejuk dari peti sejuk secukupnya -Q guna air biasa

Bahan mesin: (mesin kering)

  • segenggam udang kering - tun guna udang geragau kering- tumbuk
  • 1 labu bawang besar- yg ni tun mayang halus

Cara-Cara:-
- Bancuhkan dengan mengaul rata semua bahan kecuali minyak dan udang dengan air sejuk
- panaskan minyak, panaskan senduk
- sudukan adunan letakkan ke atas senduk panas yang ada sedikit baki minyak dan letakkan udang
- celupkan ke dalam minyak panas
- ia akan tanggal sendiri...dan ulangi proses untuk cucur seterusnya....
- balik-balikkan cucur dan goreng dengan api sederhana hingga betul-betul garing
-angkat dan potong untuk hidangan.

(nota: Q guna air biasa je...lepas tu adunan Q perap dalam peti ais hingga adunan sejuk...perlu step ni utk mendapatkan cucur yg rangup kalau tak guna air dari peti sejuk cam kak wati tu...)

Thursday, April 19, 2012

Sushi lagi

Assalamualaikumm~~~

morning ^^ dh lama tun x buat sushi. beras sushi beli tahun lepas xhabis2 pun. hehe.. simpan dlm peti supaya tahan lama, xde laa nnti ada ulat yg hitam2 tu kan. bila my laling 'berbunyi' dh lama x makan sushi baru la terhegeh2 gi cari seaweed. amik kau, selang sehari makan sushi. haha.. 

inti dia ikut sesuka hati je. apa yg ada kt dapur, yg tu la digulung. kali ni tun panggang ikan pari gulungkan sekali dalam tu. ye la, nk cari belut xde, ikan pari pun jadi la.

wat ala2 california roll jugak. tp lg suka mkn yg sushi biasa je..
resepi still lg resepi sama yg dicampak2. vinegar tu suit your taste la ye. tun lg suka kalau lebih vinegar, tp enchik H ku tu suka kalau rasa mild, so tun kurangkan vingear dia.cuka jgn beli cuka tiruan yg murah tu, nnti rasa dia pelik. beli yg berkualiti sket.

Sushi
resepi: tun_telani
Bahan2 (blh dpt 4-5 gulung sushi sblm kerat kecik2):

  • 1 1/2 cawan beras sushi (jgn guna beras lain lak)
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan rice vinegar (cuka)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • seaweed (me guna yg gmbr kt sebelah nih)

filling
  • carrot- potong panjang2
  • timun- potong panjang
  • telur- dadar n potong panjang jugak (me campur mayonis)
  • tuna
  • crab stik
  • salmon- kalu jumpa laa - kali ni letak grilled pari
Sauce
  • light soy sauce
  • wasabi
  • 3 sudu besar mayonis + 1 sudu light soy sauce - optional, me suka makan camni


Cara2:

  • Masak beras dgn 2 cawan air (mcm masak nasi biasa dalam rice cooker)
  • Campurkan rice vinegar, garam, dan gula, n masak atas api yg perlahan sampai gula hancur.
  • Tunggu nasi sushi tu suam2 sket, n tuangkan campuran cuka td dlm nasi. gaul dgn hebatnyer sampai sebati.
  • Letak seaweed atas papan gulung sushi. pastikan dh alas ngan plastik papan tu, nnti nasi melekat kt celah2 lubang dia, susah nk basuh.
  • Ratakan nasi sushi atas seaweed tu, tekan2 sampai mampat (xnak nnti dh potong dia relai).
  • Letak filling kesukaan kt hujung, dan gulung kemas. 
  • dah siap gulung, boleh laa kerat2 ikut ketebalan yg sesuai. pastikan pisau tajam, ye. nnti potongan x cantik. pastu lap bersih pisau dgn kain lembap every now and then, sbb beras tu suka melekat2 kt pisau.
  • Siap!! blh makan ngan light soy sauce. 

Wednesday, April 18, 2012

Pau Kastad


Assalamualaikumm~~~

:D akhirnya berjaya jugak tun tayang pau diraja nih. pg semalam nmpk kak madihaa tayang, terus berkenan di hati. maklum laa skrg ni musim gila menge-pau pulak.. b4 this bertubi2 meroti. lepas tu tamak pulak tu, nmpk mcm sikit je kalau buat satu adunan, so buat 2 adunan terus. hehe.. pau yg buat sblm ni pun still ada dlm peti tu. pasni kompom x muat dh fridge tu, penuh dgn kuih yg di frozenkan. haha..

tun buat ni ptg semalam.. ingatkan tun laa org 1st yg mencuba.. tup2 tgh tun duk proofing pau tun, tgk2 kak sheila dh siap makan n tayang pau kastad dia.. mmg tabik spring! pantas betul.. hasben tun kurang suka kalau inti kelapa, so tun buat inti kastad.. godek2 campur kastad+susu+vanilla+gula n sedikit marjerin. sesuka hati je resepinyer.. lupa nk sukat betul2. ada jugak yg inti kacang merah, lebihan inti pau sblm ni. pastu dh habis inti, tun wat pau kosong je. sedap makan sambil cicah teh O panas ^^

yg ni pau kosong ^^
resepi yg best ni kak madihaa tercipta dgn x sengaja. kaler kuning dia sgt cantik. xde la terasa sgt tepung kastad dia. cuma sgt berguna utk habiskan tepung kastad yg x luak2 sejak beli utk wat biskut raya thn lepas. haha... mari ramai2 buat pau kastad ni sblm tepung kastad expired! :P

kurang cantik sbb inti pun sama kaler.. tp sgt lembut! 

tq kak madiha n rahel for the recipe.. buat ptg smlm, ni tgh duk mengunyah, still lembut lg walaupun x dipanaskan..

Pau Kastard
Sumber : Pau Pulut Hitam - Rahel (dr majalah Sedap)
Olahan: kak Madihaa


Bahan:
  • 230g tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum aje) - tun pun guna tepung gandum
  • 50g tepung kastard
  • 2 sudu teh yis segera (mauripan)
  • 15g susu tepung
  • 50g gula kastor
  • 1 putih telur
  • 115ml air
  • 20g shortening
Cara2:
1.Campur tepung pau, tepung kastard, yis, susu tepong dan gula kastor. Gaul rata.
Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan adunan. Timbang masing-masing 30g (tun buat 40g). Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit & letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong bulat.
3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.4. Kukus selama 8 minit

Homemade Cendol 2


Assalamualaikumm!!!!

pagi ni ingat nk tayang pau kastard, tp xsempat nk transfer gambar, my laling dh bawak kamera ke opis. so sila laa terliur tgk cendol yg tun buat nih.. hoho.. lagi elaborate dr the last one. this recipe used 100% tepung beras compared to the last one yg tun try. easier to handle, lepas masak2 tu sgt senang nk tekan dlm acuan lubang2 tu sbb adunan dia sedikit lembik. bentuk pun cantik je. ikut nasihat datin chah tekan2 acuan tu jauh dr air.. eh.. paham x? tun letak acuan lubang (senduk lubnag2 yg besar) atas jug air 3litre yg isi air ais.. so jauh laa sket cendol tu nk jatuh dlm air. jd bentuk dia panjang2 tirus. tp of kos ada jugak laa bentuk alien kan. hihi


b4 this struggle masak 'nise' @ gula melaka.. pastu aritu masa wat groceries tun terjumpa satu botol thick gula melaka syrup. 5inggit lebih je satu botol dlm 450ml kot. jg senang, pour je dlm cawan cendol. rasa2nya buat teh three layer pun guna gula ni kot. haish.. makin bam2 laa pasni.. baru je kurangkan minum air manis..dh pandai wat cendol. petang2 duk pekena cendol je.. salah sape kalau baju semua shrink??

bila nmpk cendol nih, baju yg ketat tu pikir kemudian.haha.. bawah letak kacang merah.. inti pau yg tun belum blend.. pastu letak cendol. paksa blender tun utk berusaha menghaluskan air batu. makin tumpul la blade blender tu.. tun blend air+susu sejat+ sedikit air cendol. pastu atas letak corn n cendol lagi, then tuang sirap gula melaka! nyummyy!! dipetang hari yg panas, 1 gelas ni x cukup.. 1 mangkuk terus makan :P


thanks to kak rose yg banyak kali tayang cendol dia. kak rose guna tepung jagung, tp tun stick to recipe asal guna tepung beras. sbb tun tgk kat kedai cendol ready made ingredient dia tepung beras. hehe

Resepi Cendol Tepung Beras
resepi: kak e-na
sumber: kak rose
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

Tuesday, April 17, 2012

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikumm~~

morningg!!! mee goreng mamak ni buat last week lagi. hihi.. pagi ni cuma defrost pau yg buat aritu je utk bekfes. mmg senang kalau buat kuih byk2 then frozen. kalau tiba2 ada tetamu pun xde la kelam-kabut nk hidang apa, pilih je nk defrost apa yg ada dlm fridge tu. hoho..

berbalik pada mee ni. 1st time tun buat mee goreng mamak, biasanyer kalau ada mee mesti end up dgn mee kari atau mee goreng basah. owh.. lupa pulak, mee tu tun guna air dried noodle. mmg selalu ada stok dried noodle, sbb tahan lama.

xde garnish2 pun

MEE GORENG MAMAK
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Kak Hana , Kak Izah


Bahan-bahan
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging ) hiris nipis
  • 100 gm fish cake )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
  • tun tambah tauhu - potong nipis n goreng

Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  • Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  • Masukkan taugeh dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

Monday, April 16, 2012

Pau Lembut

gambo xde seni langsung.. huhu

Assalamualaikumm~~

tadi nmpk Q unnie tayang pau dia.. so tun pun x nak kalah.. nk tayang jugak laa pau yg tun buat semalam. hihi.. xde laa.. x baik dengki2 ni tau.. kebetulan semalam tun pun mengepau jugak. my laling ni tiba2 cakap nk makan pau inti sardin. tun mmg lemah sikit bab2 sardin ni. tun kurang gemo. kecuali laa kalau sekali sekala makan sambal sardin tu. sambal sardin tun pulak mmg lada n halia tu mmg lebih utk kaver rasa sardin. kalau inti2 yg ketara rasa sardin ni, mmg xlalu la. demi enchik laling ku terchenta, tun pun kejutkan laa BM yg baru nk berehat lepas menguli roti bertubi2 last week tu. sian dia.. jgn mogok sudah la ye wahai bibik ku sayang :D

tun godek2 dapur kak anym, dgn harapan nk cari resepi pau yg kawan kak anym tu. ntah apa nama dia.. tp x jumpa pulak yg tu. jumpa resepi pau lembut nih. bila tgk kat myresepi mmh dh ramai yg cuba, nmpk masing2 pun mengakui kelembutan pau nih. tun pun ape lagi.. terus menimbang2 tepung segala bagai dlm BM. lepas 3 jam.. tadaaa!!!!!!! pau yg lembut dan gebu.. mostly inti sardin, few inti kacang merah. mmg ada je inti kacang merah duk frozen dlm peti. biasa tun buat byk2 n frozenkan dlm bekas kecik2.


Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: kak anymz, kak liza, kak hana

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

Fried Dumpling/ Gyoza


Assalamualaikumm~~~

monday blues anyone? hihi.. i'd spent the whole morning till afternoon at the hospital for some stuff (and from all those time, only 10minutes with doc, the rest.. waiting, of coz). Alhamdulillah, fully prepared for the boredom, brought a jack reacher novel along. lee child at its best! ^^

made this dumpling on saturday :D mmg dh lama teringin nk buat dumpling sendiri. pagi sabtu b4 kuar beli groceries nmpk dumpling kat umah kak ros. ape lagi, berkobar2 tulis bahan2 nk beli nk buat dumpling nih.. gi kedai, ternampak pulak dumpling skin.. hoho... mula2 ingat nk kene menggelek2 dumpling skin dh, sekali dh jumpa yg ready-made mmg mudah la kerja.



RESEPI GYOZA
Resepi: kak hana
Sumber: kak ros

Bahan-bahan

Untuk Skin
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi gune air panas, dan ada setengah campuran sejuk+panas
  • 1/4 sk garam
  • Extra tepung gandum utk canai
  • 1/2 sudu kecil baking powde (P.Ros tambah)

Untuk Inti
  • 250g daging kisar/ ayam/ udang (P.Ros guna 200 grm daging hancur)- tun guna ayam
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang)
  • 50g kubis - cincang dadu halu
  • 1 sudu makan halia parut
  • 2 sudu makan bawang putih parut
  • 1sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu)
  • 1sk gula
  • 1/4 cawan bawang besar - potong dadu
  • Daun negi - jika suka (tak masuk)-  tun xtau apa nih
  • garam dan pepper
  • Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling- tun pun
  • 1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung) 
  • tun tambah shredded carrot and mushroom

Cara-cara
  •  Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.  - tun guna ready-made dumpling skin
  •  Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
  •  Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza.
  •  Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian. 


    untuk dumpling dipping sauce, tun campur2 from few recipes yg tun jumpa kt intenet. sesuka hati ikut apa yg ada kat umah. byk resepi guna wine, so pandai2 je adjust rasa dia.

    Dumpling Dipping Sauce
    sumber: tun telani

    bahan2
    • 1/4 c kicap manis
    • 1/2 icnh halia-  tumbuk
    • 1 ulas bawang putih- tumbuk
    • 2 bj cili padi- tumbuk
    • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
    • 1 sb minyak bijan

    Cara2
    campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.

    Friday, April 13, 2012

    Roti Pita


    Assalamualaikumm~~~

    dinner arini kebab! sah2 laa dinner kebab, dh lunch td pun kebab kan. malas nk masak dua jenis makanan berat sehari. masak tu xde la susah sgt, nk pikir menu apa yg lg susah.. masa awal2 ada masuk umah sendiri tahun lepas (ala-ala honeymoon gitew), ceyy, punye rajin, lunch masak lain, dinner menu lain pulak.. lepas 2 bulan, kekeringan idea dah nk masak apa :P

    siang td amik gambo buruk beno rupa dia.. so td b makan posingkan lg sekali kebab nih.. buka semua lampu, baru laa lawo sket. resepi kebab tu refer n3 tengahari td kat SINI ye.

    1 for me, 2 for you ^^
    baru kuar oben
    sejak tgk kak chah buat kebab nih, mmg duk terbayang2 je. tp kiv sbb x jumpa roti pita. xpernah2 tun buat sendiri roti pita nih.. tp bila dh meround semua main supermarket kt sini xde jugak, last2 terpaksa gak terima hakikat yg kalau nk makan kene wat roti pita sendiri. xde susah sgt pun, bibik ada kan. campak je semua dlm tu. hihi..

    tun guna tepung gandum je. satu adunan ni dpt 8 biji roti pita. biasanya kalau tun ganti tepung gandum dlm resepi yg guna tepung roti, doh dia jd agak sedikit sticky, so tun kurangkan sukatan air.

    Doh Asas Roti Pita/Pita Bread
    Sumber: Citarasawan

    Bahan-bahan
    500gm tepung high protein
     - tun guna tepung gandum
    15gm gula kaster

    20gm shortening

    1/2 tsp garam halus
    8gm yis segera

    280ml air sejuk - tun letak 260ml


    Cara-cara
    1.  Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.  Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik.  Masukkan whole meal (atau bahan2 tambahan lain) dan adun hingga sebati.

    2.  Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit.  Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.  tun masukkan semua dlm BM, kuarkan dan bulat2kan.

    3.  Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.

    4.  Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.

    5.  Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah.  Jika roti mengelembung, angkat dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.

    - ps: tun xtau whether roti ni sepatutnya ada lubang kt tgh secara automatik ke x. tp tun xde lubang pun. hihi... so tun kerat ngan  pisau je wat lubang kt tgh.

    Kebab Jalan TAR


    Assalamualaikumm~~~

    dh siap masak ke? kalau kt kg, time2 gini duk keletung keletang lg kat dapur.. masak special2 sambil tunggu kepulangan abah n adik2 lelaki tun pulang dr solat jumaat. masa kat uni dulu, tun pernah berjiran dgn bdk2 bujang yg x gi solat jumaat. rasa berdosa betul sbb tak tau nk tegur mcm mana. ye la, xpernah2 tegur, xkn tiba2 nk bagi ceramah kewajipan solat jumaat kat dia kan. hmm.. mcm2 org zaman skrg nih. ada org kt kg tun tu, dh beranak pinak pun x gi semayang jumaat jugak. so, xleh salahkan anak la kalau besar perangai x elok juga kan. nauzubillah..

    nway, bebalik kpd kebab ni.. ni lunch tadi, my laling ckp nk makan b4 gi solat, so ko 12 tu dh siap bakar roti dan grill ayam. kalau nk tau kisah disebalik nama kebab ni sila masuk dapur datin Chah ye. hihi... sambil2 tu blh cuci mata tgk kebab dia yg menggiurkan. tun arini gambar kelabu asap. mendung je, buka lampu pun pencahayaan x bape nk elok. nway, asal ada gambar n x amik gmbr orang kan? betul x?


    Kebab Jalan Tar
    sumber: kak Chah

    Bahan-bahan:
    Saiz hidangan: 4 keping

    • 2 keping roti pita bijan (potong dua)
    • 2 ketul dada ayam
    • 1 sudu teh paprika
    • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
    • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
    • 1/2 sudu teh lada sulah- tun letak lada hitam
    • Garam
    • 1 biji tomato
    • 2 pokok daun ketumbar - x suka, xletak
    • 1/3 batang carrot (sagat halus)
    • Kobis (jika suka - saya tak letak)- tun letak
    • Mayonis
    • Sos cili

    Cara-cara:

    • Lumur ayam dengan serbuk paprika, serbuk ketumbar, jintan manis dan lada sulah. Masukkan garam secukupnya. Panggang atau bakar hingga masak.
    • Potong ayam kecil-kecil. Ketepikan. Potong tomato dan daun ketumbar. Gaulkan sayur-sayuran bersama ayam. Masukkan juga carrot yang telah disagat tadi. - tun asingkan ayam n sayur. gaul2 sayur dgn mayonis ala2 coselaw.
    • Masukkan mayonis dan sos cili.
    • Bakar roti pita (tanpa minyak) sebentar di atas pan. Masukkan inti sebanyak mungkin.
    ps: roti pita tun buat sendiri. resepi refer SINI

      Thursday, April 12, 2012

      Bun Coklat dan Kismis


      Assalamualaikumm~~~~
      roti lagiii!! /hihi ni gara2 my laling x puas makan Strawberry and Dried Fruit Bun aritu. mmg sia2 berdiet kurangkan nasi kalau makan roti dgn rakusnyer kan.. huhu... :P buat dua hari lepas, pagi td dh habis licin. mula2 ingat nk kasi jiran yg baru masuk kt umah atas, tp xnmpk pulak kelibat dia petang tu.. last2 bg kt jiran bawah sbb masa tun lalu tu, pintu dia terbuka..

      ekceli, kismis tu tun asingkan dari fruit mix.. hihi.. sbb ada seseorang tu duk bising2 bila tergigit dried lemon peel dlm tu, tun pun x suka dried cherry yg rasa mcm ubat batuk tu.. so, duduk laa depan tibi dgn sebekas fruit mix, mengasingkan kismis2 utk letak dlm roti.

      straight from oven!
      close-up kegebuan roti

      resepi olahan dr Basic Bread lagi.. kali ni tun gantikan part of the tepung with tepung gandum. of kos la sbb tepung gandum wayyy cheaper dr tepung roti. and stok tepung gandum lg byk, nk gi beli tepung roti kene gi bakery, n jarang2 melencong ke bakery tu. kalau yg tun pernah baca b4 this, kalau letak tepung gandum roti ni jd lebih mengeyangkan. tp xtau laa tu fakta yg sahih ke tak.. hihi.. gula pun tun kurangkan sbb kismis dh manis.

      tengah sun-bathing :)
      Bun Coklat dan Kismis
      Olahan dr: Basic Bread Puan Roshayati Johari n Mamafami
      Sumber: tun telani

      bahan2:

      • 320g tepung roti
      • 180g tepung gandum
      • 2 sb serbuk koko
      • 70g gula
      • 1 sk garam
      • 30g susu tepung
      • 1 sk bread softener- optional
      • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
      • 4 sk yis
      • 250ml air
      • 1 bj telur- pukul sedikit
      • 80g margerine
      • 1 cwn kismis
      • susu sejat- utk glis

       Cara2:
      1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
      2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
      3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. bentukkan jika suka. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
      4. sapu susu sejat atas bun dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.

      Cencaru Bakar Noorsha dan Sambal Belacan


      Assalamualaikumm~~

      huhu.. buruk je nampak rupa cencaru tu. kesian pulak tgk. tun biasa suka makan cencaru goreng, pastu buat sambal.. tp skrg tgk berusaha utk mkn yg bakar je. kdg2 x lalu jugak, tp bila pekena dgn sambal belacan yg sedap, semua pun lajuu je makan. kdg2 makan sambal lg byk dr isi ikan. kui kui.. 

      kali ni try cara kak sha pulak. xde beza sgt, cuma berkenan nengok kak sha letak serbuk lada putih kat ikan. tun xpernah bakar ikan letak pepper, tu yg terasa mcm nk cuba. rasa xde la beza sgt, cuma bau dia masa tgk bakar tu mmg sedap! ^^

      RESEPI CENCARU BAKAR
      Sumber Resepi : Noorsha

      Bahan² untuk Cencaru Bakar
      5 ekor ikan cencaru
      sedikit garam
      2 inci kunyit hidup - tumbuk
      2 hiris halia - tumbuk
      2 ulas bawang putih - tumbuk
      sedikit serbuk lada putih

      Cara²
      lumur smua bahan pada ikan dan perap sekurang2nya 15 minit. bakar dalam oven hingga masak sepenuhnya. (tun bakar atas non-stick pan je)

      sambal tu nmpk sikit kan, sebenarnya ada 1 mangkuk lg kt tepi tu.. hehe..


      SAMBAL BELACAN
      sumber: hana@myr

      Bahan-bahan ( 4 org mkn )

      • satu mangkuk kecil chili padi
      • 3-4 biji bwg merah
      • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
      • 1-2 inci belacan
      • garam secubit
      • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit- tun letak gula
      • 2 sudu minyak masak
      • limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tp dcadangkan lagi sedap ngan limau kasturi

      Cara-cara

      1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
      2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
      3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
      4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
      5. SeLamaT MencuBe.

      Wednesday, April 11, 2012

      Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken


      Assalamualaikum~~

      arini kepala tun berdenyut2 dgn mantap. maybe sbb cuaca sgt laa panas. keluar xde la lama sgt pun td, sbb cuti kan, so xde mende nk beli pun nk meround jugak kedai tu. hehe.. 

      nway, dh dekat nk maghrib baru nk mengapdate. nnti mlm2 sket tun BW ye.. sementara tu, mari menambah koleksi resepi ayam panggang utk pemakanan yg lebih sihat :D


      SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN
      Gabungan Resepi : KAMALIA /KAK TTM & SHARM1969@MyR
      Ubahsuai : ARAH

      sumber : K.Nor

      Bahan2 (Seekor ayam sederhana besar)
      1 Ekor Ayam (basuh bersihkan dan belah bhgn dada atau ikut kesukaan)
      4 biji bawang putih *
      4 Batang Daun Rosemary segar buang btg ambil daun* (k.nor guna yg kering)
      1 inci halia*
      1 ketul kiub ayam knorr* - tun xletak
      1 sk lada hitam di tumbuk
      1/2 sb paprika> nak pedas boleh lebihkan
      1 sk sos tiram
      1 sk kicap pekat
      1/4 cwn jus lemon
      2 sb minyak zaitun
      1/2 sb madu
      Garam secukup rasa
      4 dadu butter**tambahan, tak letak pun takpe - tun xletak

      Cara2
      Bersihkan dan basuh ayam tadi, potong memanjang di bhgn dada atau ikut potongan yg sesuwai untuk di bakar.
      Tumbuk bhn2 yg bertanda * sehingga lumat atau separuh lumat.
      Satukan semua bhn2 tadi termasuk sos dan gaul sehingga rata.
      Lumurkan pada ayam tadi atas dan bwh, seelok eloknyer menggunakan tgn dan ratakan paste tadi keseluruhan ayam. Tutup dgn cling wrap dan perap selama 1 jam atau lebih (yg ni kita perap 2 jam)
      Panaskan oven 160c dan bakar ayam tadi selama 1 jam stgh atau lebih bergantung dgn suhu panas oven masing2, utk setengah jam selepas mula membakar, sapukan kembali bhn perapan tadi, kalau rajin leh ulang lagi selama stgh jam lagi sehingga ayam masak. Boleh di hidangkan dgn sos lada hitam atau sos kegemaran masing2, selamat mencuba!

      Tuesday, April 10, 2012

      Homemade Cendol


      Assalamualaikumm~~~~

      hihi.. sape terliur angkat tangan! ^^ tgh2 panas dapat cendol semangkuk mmg sedap. tun, tiap2 kali blk kg my laling kat segamat wajib makan cendol. ada satu family india muslim yg jual cendol, gerai kecik je, tp mmg customer x putus. siap ada cawangan lagi. biasa pergi gerai kat bandar, kalau x pun kat area masjid kt bandar lama. mmg sedap sgt cendol dia. aritu balik segamat x sempat nk duduk makan cendol kt gerai, sempat suruh my laling tapaukan je. tp bila tapau x bape sedap sbb dia letak dlm plastik ngan air batu yg byk. so cendol tu mcm jd keras2 sket :(

      nway, bila dh blk bintulu ni.. jgn harap laa dpt cari cendol yg sedap mcm kat semenanjung. aritu order cendol, ntah ape2 rasa dia. keras kejung n xde rasa ape. mcm mkn agar2 yg keras yg ingredients dia solely agar2 + air n pewarna hijau.


      me rasa dulu me pernah buat resepi cendol yg sedap. tp dh lupa resepi tu me simpan kt mana. ye la, time tu xde blog lagi, pastu resepi tulis merata. kalau ada buku resepi pun, ntah2 buku tu dh di makan anai2 or berkulat dlm salah satu kotak harta karun yg me bawak blk dr uni dulu. kalau sape2 ada resepi cendol yg cara masak dia bukan masak tepung sampai kental dan tapis dlm air sejuk, tp campur2 tepung dan tapis dlm air mendidih sampai masak, plz share ye :) 

      resepi ni sedap jugak.. cuma x berapa sama dgn cendol yg tun biasa makan tu. tp my laling mkn dgn banyaknyer jugak. hihi

      Cendol
      resepi: kak daria

      Bahan-bahannya:-
      • 1 1/4 cawan tepung beras
      • 1/4 cawan tepung gandum
      • 1 sudu makan tepung jagung
      • 1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
      • 10-12 helai daun pandan - xde, tun guna pewarna hijau n perasa pandan
      • 3 cawan air
      • secubit garam
      • (jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

      Cara-caranya:-
      • Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
      • Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
      • Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
      • Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
      • Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
      • Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
      • Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
      • Jika hendak simpan pastikan cendol + air

      Baked Chicken Strips


      Assalamualaikumm~~

      morning! :D dh dekat ko 10 dh rupa2nya. pagi ni bekfes ngan penkek coklat campak2 je. xde idea n nk cepat. letak tepung, cocoa powder, telur, bkg powder, susu n sikit oil n air. godek2, campak dlm non-stick pan. tun mkn kosong, my laling mkn ngan madu. kedengaran pantas kan.  xsampai 20 minit lepas kuarkan tepung dh siap makan n basuh pinggan. hihi.. 

      eh, letak gambar ayam, tp ckp pasal penkek pulak. baked chicken strips ni buat utk lunch yg simple. serve dgn noodle campak2 je. biasa ayam camni tun goreng, tp try bakar atas non-stick pan utk reduce fat, Alhamdulillah, sedap jugak. biasanya bakar atas non-stick pan lg cepat masak compared to letak dlm oven. yg penting masa awal2 bakar tu, tutup non-stick pan tu.


      Baked Chicken Strips
      sumber: tun telani

      Bahan2:
      • 2 keping dada ayam- slice
      • tepung ayam goreng- mana2 jenama
      • 1 bj telur- kocok
      • breadcrumbs
      • sedikit paprika- campur dlm breadcrumbs
      • sedikit lada hitam- campur dlm breadcrumbs

      Cara2:
      • gaul dada ayam dgn tepun ayam goreng, then celup dlm telur, dan last sekali dlm breadcrumbs.
      • susun atas non-stick pan dan bakar tanpa minyak.

      Monday, April 9, 2012

      Strawberry and Dried Fruit Bun


      Assalamualaikumm~~~

      hihihi.. pagi td buka2 SDcard tgk2 gambo semua xde. pastu me pun terfitnah my laling erasekan gambo2 me. siap dh canang2 kt fb lagi.. rupa2nya, my laling tukar sdcard dlm kamera tu sbb dia bw sdcard yg ada gambo kuih2 ke opis.. haha.. sowii.. 

      roti ni tun buat jumaat aritu. tun x suka mkn mix fruit ni sebenarnya, my laling pun x suka, jd x pernah dibeli pun. ni pun sbb ada kawan bagi, dh lama duk bertapa dlm peti tu, last2 tun buat roti supaya x membazir. tu pun ada org tu kutip2 buang dried ceri dlm roti.. hehe..

      gebus!
      resepi olahan dr Basic Bread.. dh nama basic bread tu kan, sesuai la diolah utk berbagai2 resepi.. mmg x pernah mengecewakan setakat ni, alhamdulillah.. sbb leatk starawbery pes kan, kaler pink2 gituw.. so rasa sesuai pulak buat bentuk lovey2. tp yg bentuk2 lovey2 tu tergeseng sket. huhu.. satu loyang lg wat bulat2 je, so tunjuk kegebuan yg bun biasa tu la. tp geseng2 pun habis licin dgn pantasnya.. smlm dh siap tanya bila nk wat roti lagi :)

      Strawberry and Dried Fruit Bun
      Olahan dr: Basic Bread Puan Roshayati Johari n Mamafami
      Sumber: tun telani

      bahan2:
      • 500g tepung roti
      • 100g gula
      • 1 sk garam
      • 30g susu tepung
      • 1 sk bread softener- optional
      • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
      • 4 sk yis
      • 250ml air
      • 1 bj telur- pukul sedikit
      • 80g margerine
      •  1 sk strawberry paste
      • sedikit pewarna merah
      • 1 cwn dried fruit mix
      • susu sejat- utk glis

       Cara2:
      1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
      2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
      3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. bentukkan jika suka. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
      4. sapu susu sejat atas bun dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.

      idea wat bentuk love ni tun tgk kat blog kak wan ^^