Friday, August 31, 2012

I'm Backk~~~ with my 1st Cake in a Jar ^^


Assalamualaikummmmm~~~~~~~~~~~~~~

yuhuuuuuuuuuu~~~~~~~~~ enibadi home?? hihi....  Alhamdulillah, tun selamat tiba di Bintulu tengahari semalam. sampai, sapu2 habuk2 kt umah sket, terus ke uni amik soalan exam, esok second test, agak nya kalau xde test esok ni, sure ahad ni agaknya baru blk bintulu. huhu.. gembira je blk kg dgn lamanya. tu pun x puas duk kt kg sbb kene ulang-alik ganu-johor. nasib baik la my laling org segamat, 3jam je dr chukai, xde la terasa sgt perjalananan.

nway, salah satu faktor blk kg dgn lamanya, sbb buat walimah my younger brother jugak wiken lepas raya tu. mmg seronok la bila kenduri2 ni kan. tp dia nyer penat tu xyah citer laa (eventho of kos laa tun ni wat2 bizi je kesana-ke mari, bkn nyer menolong sgt pun..huhu).  tp mmg dh plan awal2 nak buat cake in a jar ni as door gift. tp kan, buat 3 adunan cupcake, ingatkan dpt la dekat2 nk 30 jar, tp bila isi dpt 11 jar je! pengsan nk habiskan kalau proceed buat doorgift. last2 tukar plan jadikan hantaran. hihi.. 

ni sblm kene mekap
tun just buat simple vanilla and buttermilk cupcakes utk cake-in-a-jar ni. saiz dia agak besar sbb gemuk2. jenuh nk isi smp 3/4 bekas. you can use any cupcakes, cakes, or muffins recipe for this cake-in-a-jar. tun buat experiment, satu steam, satu bake (bain marie). yg bake tu mmg lama betul nak masak. last2 tun kukuskan semua..

hasil keras-tangan adik-beradik.. omey jugak kan :)

simple je hiasan hantaran. tun mmg keras kejung tangan ni.. so nolong sikit2 je, akak ngan adik tun pandai sket menggubah. utk doorgift kami buat yg plan B punya. nnti next n3 tun tunjuk ye :)

ps: windu nk BW ^^

Saturday, August 18, 2012

Eid Mubarak

source

Assalamualaikum..

dikesempatan ini, tun ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung. Jika ada penulisan tun yg mengguris hati atau ada terkasar bahasa, harap dimaafkan. Semoga tarbiyah Ramadhan sedikit sebanyak menjadikan kita insan yang lebih baik, insyaAllah.


Wednesday, August 8, 2012

Menu Buka Puasa: Up-side Down Pizza


Assalamualaikummmm.........

fuhhh.. fuhhh.. uhuk! uhuk!.. aish.. xde org tolong spae rumah tun masa tun xde ye. hihi.. terlepas sudah nk buat n3 nuzul qur'an. kt sarawak x cuti, jd xterasa pulak nuzul Qur'an.

nway, n3 cepat2 sbb ada 2 set solan final exam  nk buat. masak pun lebih kurang je 2-3hari ni. smlm smp umah ko 530, xtau nk masak ape, teringat akak tun baru je buat upside down pizza ni. so terus defrost ayam dan godek2.. dh masuk oben, blh laa nk gi mandi semayang dulu. sempat2 je sejuk utk berbuka ko 645 :)


Upside-Down Pizza
by tun_telani

Dough
  • 2 bj telur
  • 1 c susu
  • 1 c tepung
  • 1 sb minyak
  • 1/2 sk garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling
  • 1 keping dada ayam- kerat2
  • 4 sosej/hotdog- kerat2
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 1 sb cili boh
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sb oregano
  • 1 sk paprika
  • garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya
Cara2:
  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Filling dia boleh ubah2 ye, semalam campur terung sket.. haha..

Friday, August 3, 2012

Kuih Buka Puasa: Tepung Pelita


Assalamualaikumm ^^

n3 first di bulan 8.. ya Allah, mmg sgt2 x sempat nk berlama2 di depan intenet skrg. tiap2 hari mengadap lappy dgn lamanya, tp sgt disibukkan dgn kerja2 sekolah yg menggunung. insyaAllah, siapkan kerja dulu baru blh berblog. readers pun jgn tangguh2 kerja sbb ngadap blog ye.. hihi.. kerja satu amanah, insyaAllah, semua ingin mencari rezeki yg halal.. jd working hour kita gunakan utk bekerja ye :)  eh.. apa yg tiba2 bg tazkirah pasal kerja ni? sbb ptg ni ada kelas tambahan kah? huhu.... xlarat nk gi uni tengah2 hari jumaat, tp nk wat camner kan. budak2 ni fail pulak masa exam, dh kene wat extra class. adeh..

nway, back to the kuih. virus yg disebarkan oleh kak izah dan menular dgn sgt cepat.. rasa2nya, kak mas, kak nieza, bundo, kak anna, kak sari, dan ramai lagi yg dh terjangkit virus ni. tgk kak noorsha pun post kuih yg sama td. hihi.. tun baru semalam buat. kebetulan ada majlis berbuka puasa bersama opismate my laling, msg2 ngan akak2 yg stay kt sini, mcm masing2 dh bawa makanan berat, jd tun decide utk bawak kuih je laa.. tu pun tgh2 nk buat kuih, boypren tun tepon.... 'yang, buat berapa biji.. 50 boleh?'.. nk fengsan dgr 50bijik! hahhaha... tp alhamdulillah, berjaya jugak buat, tengok la nii.. penuh peti den.. 

juall.. jual.... eh, dh habis rupanya.. hihi

dulu2 masa kt uni selalu buat ni. xingat guna resepi sape. kuih yg selalu kiteorg buat kalau ada food festival atau masa organize Malaysian Day. nostalgia pulak bila buat byk2 nih.. resepi tun olah sikit ikut tips yg kak izah tulis. lagi satu, tun selalu terkonpius bila baca resepi asal, jd tun tulis ikut yg senang tun paham :)

KUIH TEPUNG PELITA

resepi: kak Yani @myR
sumber: kak izah, tun telani

Bahan-bahan ( tun dpt lbh kurang 20 bekas kecil)

 Lapisan bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air - tun guna 1sk pandan paste
  • sedikit kapur dan sedikit garam

 Lapisan Atas
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 2 sb tepung ubi
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan - tun guna 1cwn santan kotak + 3 cwn air 
  • 1 sk garam

Bahan tambahan
  • Gula utk diletak ditgh2 lapisan - tun letak 1/4 sudu kecik gula

Cara-cara

Lapisan bawah
  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. tun masak smp dia letup2 dlm kuali
  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Taburkan gula atas lapisan jika suka
Lapisan atas
  • Perah santan, masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. yg ni pun tun masak smp letup2 dlm kuali
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  • Sejukkan