Friday, September 28, 2012

Super Moist Carameled Banana Cake


Assalamualaikummmmmm!!!!!!!!!!!! :D

terasa x kegembiraan tu.. hihihi... officially, kelas utk sem ni dah habis! weee~~~ boleh la nk berpoya-poya dgn lappy..   skrg tgk semula buku2 yg dh ditinggalkan selama 1 sem.. huhu... byk jugak kerja yg tertunggak nih :((  skrg perlu tampal nota 'DONT PUT OFF TILL TOMORROW WHAT YOU CAN DO TODAY' besar2 depan mata supaya lepas ni dh x lengah2 wat kerja lagi.. saya seorang yg sgt tak berdisiplin.. uu uuuu...

nway, walaupun byk kerja, bila mood membaking dtg tu, lajuu aje nk masuk dapur.  dh lama x buat kek. last wat kek time raya aritu rasanya. kek ni buat last weekend (ye, last wiken ye, dh habis dah pun nih). biasanya kalau xde masa nk memasak pun, bila wiken mesti perah otak nk masak apa sbb ahad hari usrah. bila dh gi usrah rasa mcm serba x kene kalau x buat kuih. hihi..

kek ni tun godek2 pagi ahad. lepas subuh terus masuk dapur, sempat la sejuk b4 kuar umah ko 830. ada 3 bijik pisang dlm freezer, cukup2 utk half adunan nih.. actually tun nk wat blended banana cake, tp ternampak pulak resepi nih. mcm teruja je nengok nama dia.. nk buat pun senang je. mmg x sia2 mencuba. resepi ni mmg keeper recipe. siyes xtra sedap compare kek pisang biasa /blush. 


Super Moist Carameled Banana Cake
resepi: kak fida @myr

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 1 cawan pisang lecek (240 g)
  • 1 cawan gula halus (200 g)-boleh kurangkan kalau pisang dah manis
  • 125 g mentega (1/2 buku)
  • 1 sk bicarbonate soda
  • 2 sb susu segar
  • 2 biji telur - A
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak - tun guna tepung biasa + 1 sk bkg powder
Cara-cara
  1. Pisang lecek,gula,mentega b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alehkan ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Masukan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
  5. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
  6. Adunan boleh juga dikukus...

 

Wednesday, September 26, 2012

Ayam Goreng Daun Kesum


Assalamualaikummmm ^^

budak chipsmore muncul lagi. haha... sedih pulak jd budak chipsmore nih. nk wat mcm mana, kerja2 tertunggak banyak betul utk disettlekan. x masuk ngan students yg sibuk mencari sbb nk tanya soalan. dh dekat2 ngan final gini la jd nya.. hopefully they all did well la, kalau x, mmg sia2 berbuih mulut mengajar. hihi..

nway, nk bergossip.. ada kan, sorang budak ni, mencuri gambar dr blog tun.. ada reader yg bagitau (thanks dear, who ever you are). kalau gambar makanan tu, mcm dh x heran kalau org nk mencuri, ni gambar kad birthday yg tun buat utk besfren tun (gambar tun SINI), dia tulis situ kawan dia dari kanada yg hantar.. kesian pulak kt budak ni.. yg tun stress, blog dia tu mcm penuh dgn aura 'beragama', penuh doa2 ngan guna term2 bahasa arab. jgn laa wat camni dik ye, nnti org pandang serong kat orang yg beragama ni. nway, semoga awak insaf ye, xnak la tun letak link dia kt sini (padahal dh menjaja kt FB. kui kui)


ok laa.. berbalik pd menu yg simple dan sedap ni. sgt2 sesuai di masak time nk cepat or malas nk duk dapur lama2. resepi asal Udang Garing Daun Kesum dr dapur kak ummi kuantan. tp sbb ayam yg tun goreng bila dh goreng dgn sayur tu dh x garing jd nama dia xleh letak ayam garing, jd ayam goreng je.


AYAM GORENG DAUN KESUM
Resepi asal: Udang Garing Daun Kesum Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Olahan: Tun telani

Bahan:-
  • 2 keping dada ayam- potong2
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni) - tun pun xde
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah
 Tun tambah:
  • 3-4 tangkai kacang panjang
Cara Memasak:-
  1. Potong dada ayam dan bersihkan.
  2. Gaul ayam bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Masukkan kacang panjang dan sedikit air, goreng sampai kacang lembut.
  6. Masukkan semula ayam tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^



Saturday, September 22, 2012

Chicken Pie


Assalamualaikummmmm~~~~~~ /XD

alhamdulillah.. alhamdulillah.. masih lg berkesempatan mengapdate walaupun seminggu sekali.. huhu... ok la, at least habuk2 x berkumpul kan. kui kui.. insyaAllah next week laju sket ngadap blog sbb dh stat study week. jd xde la membizikan diri study tiap2 hari. cuma settlekan kerja2 yg tertunggak b4 focus kat silibus sem baru. moga2 dipermudahkan, aminn...

owh.. lupa, terima kasih pd mereka2 yg x jemu mengunjung dapur tun walaupun tuan rumah mcm chipsmore, kunjungan amat dihargai, nnti tun BW ye :D pastu kan, tun dpt hobi baru skrg, selain memasak ni.. arini nk gi kedai jahit2 beli riben, nnti tun share hasil dia (kalau jd la.. hihi ) ^^


ok laa.. berbalik pd menu. menu ulangan ni. last week ada jugak masak few menu yg menarik, tp amik gmbr ntah ape2 xcantik lgsg :l  nasib baik laa ada gambo chicken pie (wat last week jugak). walaupun xcantik sgt, tp at least ada laa mende yg nk ngapdate kan...

ok.. cnp resepi dr n3 lepas. cuma kali ni tun tmbah jagung :)

Chicken Pie
adapted from: The Complete Book of Main Courses
sumber: tun telani


Bahan2:

Pastry
  • 2 c tepung gandum
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 c @ 115g butter
  • 50g shortening
  • 4-8 sb air sejuk (tambah ais)

Filling
  • 2 keping dada ayam- dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 1 sb butter
  • 1/2 batang carrot- sagat
  • 2 btg saleri- dadu
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 c air
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar jagung dlm tin

Cara2:

Utk Pastry:
  • Campur kan semua bahan kecuali air dan ramas2 hingga nampak mcm breadcrumbs. blh guna food processor. 
  • masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil gaulkan. balut doh dalam plastik dan chill at least 30minit.

utk filling:
  • panaskan butter dan tumis bawang sekejap. masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak. 
  • masukkan soup mix, carrot dan btg saleri. gaulkan dan masukkan air sedikit. biarkan mendidih. 
  • masukkan tepung gandum yg dh larutkan dalam baki air. masak sampai filling pekat.
  • perasakan garam dan lada hitam. 
  • sejukkan sebentar.

  • roll kan pastry yg dh disejukkan lebih kurang 3mm tebal. masukkan dlm pie dish. letakkan filling, dan cover dgn baki pastry. sapukan kuning telur kt atas.
bakar 180 C, 30minit atau hinggan keperangan.

Friday, September 14, 2012

Mee Kari.. lagi


Assalamualaikummm wbt :x

wahh.. dh tgh bulan sembilan dan ni baru n3 kedua! :-O siyes xperasan betapa cepatnya masa berlalu.. tuan dapur sangat biziii... uhuk uhuk... :(( insyaAllah next week berganda2 bizi lepas tu blh lepas napas lega sbb dh stat study week.. maknanya blh kembali ngadap oben yg dirindui. dh lama betul x buat kuih. masak pun lebih kurang je, asal kenyang. huhu.. 

nway, tuan umah yg mcm chipsmore ni kembali dgn menu feveret yg dh ulang2 byk kali.. ni salah satu makanan yg kalau dpt tiap2 minggu pun xpe :) tp sorry to say, ni gambo yg dlm folder yg ntah zaman bila ngambiknyer.. dh lama x pegang kamera tu. nasib baik ada gmbr mee kari nih, kalau x mmg lg tebal la debu kt dapur tun ni ha..

all time favourite!
owh.. thank you pada yg masih sudi mengunjung.. insyaAllah nnti tun kunjung balas ye.. skrg nk gi BW kt dapur pengunjung2 yg sudi mengomen n3 lepas. maap no, baru nk gi baca komennyer. huhu..

resepi still guna resepi kak hanieliza. mmg ngam ngan tekak tun resepi nih. godek2 n campak2 je je kt dapur, tp basic dia still mcm ni la :)

Mee Kari
Sumber: kak Hanieliza

Bahan2:
  • 1 kg mee kuning
  • 1/2 kg ayam- potong kecil
  • 2 btg serai*
  • 1 inch halia*
  • 1/2 inch lengkuas*
  • 5 ulas bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih* (bahan * dimesin)
  • 2 sb cili giling
  • 3 sb rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air asam jawa
  • 200g udang
  • 1 paket fish cake - potong nipis
  • 5 cwn santan (1 bj kelapa) <- tun guna santan kotak 200ml + air secukupnya
  • Tauhu goreng
  • 2 bj kentang- potong 8
  • garam
Bahan tabur:

  • Daun bawang & daun sup
  • Cili merah
  • Limau kasturi
  • Taugeh <- tun suka masak dlm kuah
  • Sawi - tun tambah, letak dlm kuah jugak
  • Telur rebus- belah dua
Cara2:
  • Tumis bahan mesin bersama cili giling hingga garing dan wangi. Masukkan rempah dan goreng hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, fishcake, kentang dan santan dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan sawi dan tauhu goreng.
  • Perasakan garam.
  • Hidang bersama mee yg dicelur dan bahan tabur.


Thursday, September 6, 2012

Doorgift: Trifle-in-a-Jar ^^




Assalamualaikummm~~

first sekali, sorry sgt2 sbb x sempat nk mengadap blog lama2. insyaAllah next week kurang sket busy dan akan buat kunjungan balas ye. minggu ni bertubi2 kerja dtg, biasa laa, bila cuti lama tu kan, masuk kerja marathon laa. huhu..  n3 masih cerita kenduri kawin my younger brother. kan aritu letak n3 cake-in-a-jar, plan asal nk jadikan tu doorgift, tp cancel sbb x larat nk bancuh tepung byk ngat. plan B nk wat puding comey, tp cari acuan comey2 xde pulak jual, ni plan C. hihi... 

buat kek pelangi (just any recipe will do :) ). boleh klik kat 'cake' kt tepi ni kalau nk idea ye.  tun steam bake 2 loyang kek, then kerat2 dan masukkan dlm jar sbg base. pastu utk kastad tu, main campak2 je, untuk 1 cawan kastad ( 1 bahagian kastad, 4 bahagian air, dan 1 bahagian susu <- ni ratio yg selalu tun guna, gula ikut kemanisan yg disukai ye.. ), tun guna 1 tin fruit cocktail utk 1 cawan kastad, dpt dlm 33 jar bergantung pada saiz jar yg digunakan.

jar after letak kek base dan kastad

lepas sejuk blh la buat agar/jelly layer.. nak sedap guna jelly, tp sgt mahal la kos doorgift nnti. so tun guna agar2 je, utk 33 jar guna setengah peket agar2 tali. tun fail sket bab agar2 tali ni, so agar2 mama yg masak. hihi... bila tuang agar merah terus jadi cantik kan :D suka sgt tengok trifle nih ^^

siap! tunggu sejuk utk hias

ikat reben utk cantik! reben as pemegang. akak tun nyer idea. so senang tetamu nk pegang. cantikkan kan ^^  tengah2 mlm sblm kenduri duk ikat reben, pastu dh ngantuk sgt, pagi kenduri smbung ngadap reben lagi. haha.. tp omey dan sedap ^^

ni jar kurus sket, yg atas jar bulat gemuk2

model trifle-in-a-jar.. ahaks! :p 4 of us, the pretty ladies (kui kui...) and 2 of our cousins (2 kat kanan) ^^ sgt seronok berkenduri.. nnti my younger sister kawin nk buat doorgift ngan hantaran lain pulak :)