Friday, November 30, 2012

Interlude

** penuhkan space sbb ada error**









































**
























**^^ end ^^' **

Wednesday, November 28, 2012

Baked Pasta


Assalamualaikumm~~ :D

n3 cepat2 sbb ngantuk + penat. huhu.. esok kene gi ladang lagi.. nk tergelak pulak bila fikir xtau apa2 masa mengajar. kalau ajaran sesat agak2 student tau x? hoho.. ni laa bila bottom of food chain nih, orang campak2 course yg xde org nk ajar kat org2 mcm tun ni la.. nk kata xnak kan x berani. so struggle la study subjek yg xpenah tahu selama nih. haish.. nasib baik la subjek lg satu dpt yg kimia fizik, blh la bernapas sket2.

nway, bila ntah nk menayang durian crepe, dh 2 kali buat, tp gambo hudus, nk kene buat lg sekali amik gambar cantek sket. b4 that, sila terliur nengok baked pasta nih.. hoho.. /wahaha


dh lama x masak spagetti.. tun wat spagetti biasa je (with tomato sauce) utk bekfes. pastu tiba2 laling tun ni gi bekfes ngan member2 kat luar. so terpaksa la bawa ke lunch pasta yg dh masak. malas nk makan idea tiba2 dpt idea utk wat baked pasta nih.. gugel kuar resepi dr kak dayang. nmpk sgt sedap! bila mkn mmg sedap sgt! cuma xleh makan byk la, sbb terasa sgt berlemak. hihi..

tgk la potongan sememeh sbb panas2 dh scoop masuk pinggan. yg atas pinggan lagi laa sememeh.. bila sejuk sket dia akan set dan blh potong cantik.. cara masak pasta tu xde beza sgt dgn yg kak dj masak, so tun cnp je la :D



Baked Pasta
resepi: kak dayang jack
sumber: tun telani

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega


Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :

  • Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  • Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  • Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  • Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  • Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  • Taburkan keju parut dan oregano.
  • Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.


* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt


**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/baked-pasta.html#ixzz2DVU2fXr4
Under Creative Commons License: Attribution

Sunday, November 25, 2012

Kek Span Pandan



Assalamualaikummm~~~

mencari tenaga utk pegi kerja esok.. huhu..makin lama makin malas pulak rasanya. tgh xde mood, tiba2 kene tulis journal pulak. sbb dh habis master, ingatkan blh wat2 lupa pasal journal.. rupa2nya still kene tulis. huhu.. chaiyok2!!

 nway, kek span yg dh berzaman resepi duk queue.. kesian betul.. resepi ni sangat teramat senang. sbb guna ovalette, campak2 dlm mangkuk mixer, pastu mix smp kembang dh blh bakar. senang mcm nk buat apam. hasil dia sgt gebu.. kalau pegang kasar2 sket, lekuk ikut tapak tangan. hihi.. tp tun still suka kek chiffon lg, cuma kek chiffon struggle sket la nk buatnye.


resepi semudah ABC dr sweet4ever. dia tulis resepi ni hasil gi kursus, byk pahala share resepi dr kursus ye.. sgt glemer resepi ni tau, byk laporan bergambar. len kali tun nk wat perasa lain2 pulak :D .

Kek Span Pandan
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 1 loyang 9inch )
  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau 
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit.

Friday, November 23, 2012

Durian Goreng


assalamualaikummm~~~~

musim durian baru bermula kat umah tun ni :D hehe.. org lain dh suam2 kuku agaknya dgn durian kan, tun baru nk excited mkn durian. planning nk wat durian crepe yg tgh meletop2 skrg ni kan, tp still duk pikir nk cuba resepi mana satu dulu. xkan nk minta resepi rahsia kt orang yg menjual crepe kan.. hihi...

insyaAllah petang ni akan cuba satu resepi dulu, whipping cream dh beli smlm, tp tgk stok susu pulak dh nk habis. haish.. apa2 pun, layan durian goreng dulu.. 1st time menggoreng durian, laling tun ckp lagi sedap dr cempedak goreng. hihi.. ekceli simpan durian yg agak keras isi dia utk goreng, konon2 supaya xhancur bila goreng n bila dh goreng dia lembut la kot.. hampeh! haha.. xsedap ye kawan2 kalau guna durian yg keras2 sket.. kene yg lembik2 jugak baru nikmat nk makan. hihi...

resepi ni tun guna resepi kak besah kt myr.. mmg lembut nk gebu batter dia masa menggoreng, n kurang serap minyak. mmg sedaplah.. tq kak..

Durian Goreng
resepi: kak besah @myr
sumber: tun telani


Bahan-bahan
  • 10 ulas durian
  • 7 sudu makan mumbung tepung gandum
  • 1 sudu makan mumbung tepung beras
  • 1 sudu makan mumbung gula pasir
  • 1 biji telur besar
  • 1 sudu teh rata garam
  • minyak utk menggoreng terendam
Cara-cara
  1. dlm mangkuk pukul telur dgn garfu hingga berbuih, campurkan secawan air serta bahan2 lain kecuali durian. kacau sebati hingga menjadi batter yg pekat (pekat skit dr batter goreng pisang)
  2. panaskan minyak, bila telah panas, masukkan semua durian dlm batter, cedok satu persatu durian dgn sudu besar & masukkan kedlm minyak. pastikan seluruh ulas durian tu tertutup ngn tepung.goreng hingga masak.
  3. bolehlah dihidangkan.. (kena tunggu sejuk baru bleh mkn, kalau x.. bleh mlecur lidah..hehe..)

Tuesday, November 20, 2012

Explorasi Gua Niah



assalamualaikumm... :D

xde n3 masak2 arini sbb berkobar2 nk menunjuk2 yg tun berjaya menakluki gua niah :>  hihi... dh lama teringin nk masuk niah, cuma x berkesempatan je. last wiken pegi dgn kawan2.. sgt cantik!! siyess!!  :D 

trekking dr pintu gerbang ke pintu gua nearly 3km.. so, make sure u are fit..tp jalan cantik lah, mcm laluan jambatan kayu gitu. masuk dlm gua tu pun turun naik tangga dgn hebatnya.



just lets the pics tell you.. yg betul2 lagi cantik dr dlm gambar tau ^^






gmbr rosak masa upload, maleh nk re-upload




how is it? cantikkan :D kiteorg sgt kagum masa mula2 masuk dlm gua sbb rasa mcm duk dlm dunia yg lain. hihi... 

for those yg nak pegi, there are few things that you need to bring:
1- torch-light - laluan dlm gua sometimes sgt gelap gelita.. siyes! xnmpk apa2 without torchlight
2- rain-coat - for those yg sayang baju n seluar.. owh, dn kepala. hihi... sbb sgt byk kelapa kelawar, so byk la bgn buangan dia kan. hihi... nk duduk2 bila penat tu, bila pakai raincoat, blh duduk selamba je atas bats droppings. haha.. -tun beli raincoat pakai buang dua inggit setengah. beli kt kedai mesra petronas ^^
3- air! dan air!
4- coklat atau apa2 makanan yg senang dimakan sbb bakal trekking dgn lama n menggunakan tenaga yg banyak.
5- kawan2.. kalau pegi sorang2 sgt scary masa jln kt laluan yg gelap gelita ;)

ps: painted cave still tutup utk renovation laluan..

Tuesday, November 13, 2012

Rotiii... roti....


Assalamualaikummm~~~~ :)

n3 saje2 sbb xde mende nk post. hihi.... bape kali tayang resepi roti yg sama kan :p tun mmg selalu wat roti, cuma xde la tiap2 kali wat nk tepek gmbr kan, sbb guna resepi basic bread biasa je. musim2 hujan ni mmg sedap mkn roti panas2, wat garlic bread ni, cicah ngan mushroom soup panas2.. ^^


Basic Bread Recipe
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber: tun telani


Bahan2:

Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula - tun letak 80g je
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional - tun x letak
  • 1 sk bread improver- optional
  • 4 sk yis
Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
  • 80g margerine
Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


Untuk garlic spread tu, just campur butter, bawang putih yg ditumbuk dan oregano :D

Sunday, November 11, 2012

Bakso


Assalamualaikummmmm~~~~~

i'm back in bintuluu. senyap2 je blk kampung kan. hihi.. ada kerja yg perlu disettlekan kt semenanjung, sempat blk kampung kejap je pun, pastu blh pulak streamyx kt umah buat hal. tu yg xleh nk online tu..

bakso ni buat sehari sblm blk kg aritu. dh 2minggu lepas dah ni. huhu.. buat banyak2, pastu frozenkan. tun xleh nk telan sbb bau daging dia kuat sgt, tp my laling makan bertambah2 siap puji2 sedap :D

bakso patut makan ngan bihun ye. tp laling tun xsuka bihun, so tun rebus nasi himpit. jadi ala2 soto gitu.. beli daging yg dh mince, senang kerja.. kat sini daging import dr new zealand, pelikkan? xde orang bela lembu ke? kalau daging fresh tu, daging yg kaki pendek tu.. huhu..

resepi cilok dr dapur kak ika.. mana laa kak ika ni lama benor menyepi..


BAKSO KUAH DAGING SAPI
resepi: Deetha, dr Chef Budi Boga
sumber: kak hana, kak ika

Bahan-bahan
  • 60g sawi - celur dan dipotong
  • 60g bihun - celur dan toskan
  • 60g mee kuning - celur dan toskan
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan daun sup - cincang
Uk Kuah@Sup
  • 1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan btg saderi - cincang
  • 1 sudu makan minyak - utk menumis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)>>same2 :D
Utk Bebola Sapi@Bakso
  • 400g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan sampingan
  • Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
  • sos tomato - tk ltk
  • kicap manis ABC

Cara-cara
  • Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)
  • Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
  • Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.
Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.