Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012~~

image fr HERE
Assamualaikummm~~

bertemu di penghujung tahun 2012. pejam celik pejam celik, dah akhir tahun.. xterasa pun. masing2 duk cakap pasal azam or resolusi kan? i never had a list of resolution. siyes! maybe bcoz i'm not disciplined enough to follow my own resolutions. hihi... 

nway, what had i achieved this year? nothing much actually.. been lazying around to much. 
- school work? alhamdulillah, successfully presented my masters viva in the middle of the year, and completed my study. now PHD on the way, insyaAllah :-B
- personal life? no progress.. trying to the point of giving up, but still hanging in there..semoga diberi kekuatan dan kesabaran, n semoga dipermudahkan -no need to understand-
- last but not least.. culinary? i had list going on and on of what i want to bake and cook.. seriously.. after few year, this year i managed to get my hand on a food processor (finally!) and a coffee-maker (thanks laling :x ), hmm.. what else? got most of the electronic stuff last year when we first moved to bintulu...


gambar hiasan sahaja..

** pic above: looks good, but taste not that good. it supposed to be non-bake layer cheesecake, but it tasted like a jellied pudding. waste of all that money to make this. i think the recipe called for too much gelatine, need to improvised before posting the recipe.

List of what I want to make this year and year before but still didnt manage to merajinkan diri :P :
cheeseatart - cuma berjaya beli acuan je.huhu
- apam polkadot.. hahaha.. semua org dh mcm2 rupa jd apam ni, tun still x buat lg.
- Deco roll cake.. =P~ drooling at this, xtau bila nk buat
- Hokkaido chiffon cupcakes - xjumpa acuan cupcake yg keras tu
- RVC.. still berkira2 n cuak nengok amount of red colouring. can i omit that?

there are other long list of stuff that i want to make, but this list here.. i'd been thinking of making them since forever! LOL~ nway, skan berusaha this year ^^

 okies dukie.. n3 merapu2 so that I had some thing to reflect on. hope everyone had a better year. and will have a more delightful year in 2013 :D

/bye

Friday, December 28, 2012

Nasi Minyak Lobak Merah & Terung


Assalamualaikummmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

arini sepagi di celcom service centre beli plan hp. saying gudbye to my old maxis number, guna since blk dr NZ pas hbs degree dulu. patutnya maxis pasang pencawang dekat area ni, xde la semua org terpaksa tukar server sbb xde line dlm umah. plan nk pakai nombor lama, tp terbuat sikit kesilapan, n end-up dgn receiving a new number instead. plg leceh nk inform semua org psl nombor baru, n mengapdate contact list.

nway.. back to the recipe. buat jumaat lepas dh ni.. mkn ngan rendang ayam yg last n3 tu (refer resepi SINI ). bila xde idea nk masak apa tun akan randomly klik mana2 bloglist yg tun link dgn blog ni, pastu surf resepi yg berkenan dihati. kali ni godek2 blog kak diana. nmpk menarik je nasik campur terung terus ni, tun dh la hantu terung, pastu masa tu tgh pemalas nk nunggu dapur lama2. nmpk resepi ni terus gi godek2 bahan. hihi.. xperlu masak sayur dh, cuma masak satu lauk je. rendang tu pun sgt senang, byk kali buat dh blh masak smb pejam mata :P


resepi asal dr Majalah Nona Ogos 2011 (Nasi Minyak Lobak Merah). tun buat utk 1 cwn setengah beras je, tp guna sebatang carrot dan sebatang terung.

 Nasi Minyak Lobak Merah & Terung
Olahan: kak diana @sbk
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 500 gm beras basmathi _ d cuci dan d rendam 10 minit dan toskan
  • 3 tbsp minyak sapi - tun guna mentega
  • 700 ml air - tun letak separuh air, separuh susu sejat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bawang besar _ d hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih _ d hiris nipis
  • 20 gm halia _ d hiris nipis - tun ketuk
  • 1 ketul kiub pati ayam Maggi - xletak
  • 100 gm lobak merah _ d mayang halus - tun sagat
  • 1 biji terung _ d potong bulat
  • 2 helai daun pandan _ d siat² dan d simpul - tun xde stok
  • Kismis kuning - skip
  • Buah kundur kering - skip
  • Garam secukup rasa
Cara²

  • Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.. Tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan daun pandan dan tumis lagi sehingga wangi.
  • Masukkan beras, air, kiub pati ayam, lobak merah, terung dan garam secukup rasa.. Gaul rata.
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan bubuh buah kundur kering.. Gaul rata dan masak seperti biasa.
  • Setelah nasi hampir masak ( kira² 4 minit lagi nak masak ).. masukkan kismis dan biarkan nasi hingga masak.
  • Setelah nasi masak.. biarkan seketika sebelum d gemburkan.
  • Jika suka boleh d hidangkan dengan daun sup, cili merah dan bawang goreng ( Diana tak bubuh.. ) 

Wednesday, December 26, 2012

Rendang Ayam



Assalamualaikummm~~~~ ^^

 back to work? tun xde kelas sampai next week.. hoho... :D patutnya cuti next week je, tp sbb ada students yg nk blk kg sambut chrismast, jd kelas this week either awalkan or postpone, so dgn bahagianya cuti 2 minggu ^^  ehh~ xde la bahagia sgt sbb time xde kelas ni laa blh marathon proposal dan semua lec notes for the rest of the semester.. sakit otak jugak mikir nk buat semua tu..

nway, b4 marathon kerja, pegi bergumbira dulu.. hoho... ingatkan at least blh la beremdam swimming pool sehari dua, but my laling ckp hotel penuh, so kiteorg gi miri blk hari je la. x plan nk beli apa2 pun, tp last2 ada jugak 2-3 bijik buku resepi yg paut kaki minta bw blk bintulu.. :P owh, dan akhirnya berjaya pegi pameran dinasor yg dh berbulan duk tgk iklan dia. tiket RM 10 inggit, masuk dlm tu dlm 10 minit dh habis round. huhu... 

anok sape la mcm retard ni.. huhu
ok laa.. nk menaip panjang2 pun kerja berlambak duk menunggu. ptg ni maybe kene uni berkampung kat library. ada few past years research nk nk dibaca, kalau blh pinjam bw balik rumah sure senang kerja. ni blh pinjam n baca kt library  je. 

rendang ayam resepi mama tun antara menu feveret my laling :D dulu2 tun xbape suka bau daun kunyit, skrg dh lebih2 letak daun kunyit tu.. hihi 


Rendang Ayam
resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1/2 kilo ayam- kerat kasar2
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 10 tangkai cili kering* (bahan * di mesin)
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 2 kpg asam keping
  • Garam

Cara2:
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk. 
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap.

Friday, December 21, 2012

Nasi Arab Berempah


Assalamualaikummmm ^^

bertemu di penghulu segala hari :) semoga sihat2 semuanya.. tun hari ni agak kurang sihat, ptg semalam pegi bawa students melawat kilang beras. small packaging house, n safety dia sgt fail.. they should prepare masks for the workers n visitor, tp xde pun.. so end up dgn inhaling all the dust from the processing. tun jenis yg xtahan habuk sgt, kt kilang pun dh bersin2 n batuk. on the way back dh stat sore-throat :( so arini still hv a bit of runny nose + sore throat. bgn pagi terus telan vitamin C, moga2 xberlarutan.


nway, bila jumaat mesti rasa nk masak something special ^^ nasi ni tun dh buat last week, cuma xsempat nk mengadap blog. ada 2 resepi nasi arab yg tun biasa buat (nasi arab and nasi arab berempah) dh lama x buat yg versi berempah ni. dua2 pun sedap, tp nasi arab berempah ni agak complicated sket nk buat, tp hasil dia mmg lg sedap la :D

resepi usha dr myresepi.

Nasi Arab Berempah
resepi: dec_sc_girl@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi- tun guna butter
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sdb rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.- tun x blend kayu manis
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Monday, December 17, 2012

Sotong Goreng Kunyit


Assalamualaikumm!! ^^

arini penat sbb kelas smp petang. sbb xblk lunch, tiap2 isnin terasa sgt isteri mithali sbb pagi2 keletang keletung kat dapur masak lunch utk laling b4 ke uni. hihi.. :p (hari lain kelas half day je). tp kan, mesti masak cincai2 je, yg plg senang, cepat, dan blh lebur dlm periuk sekali gus. n menu yg plg biasa ulang2 are tomyam dan sup ayam. hihi..


udang ni wat 2-3hari lepas. lupa dh hari apa.. ada masak lauk lain jugak ni, sbb tun jenis yg makan berkuah, so lauk kering2 gini masuk kategori side-dish je. extra omey sket sotong, bkn potong sendiri ye, tun beli yg frozen mmg dh potong cantik. kui kui... :p  maleh nk gi pasar, beli lauk kt supermarket je. pernah sekali je beli yg x frozen, mmg rasa x fresh sotong tu, jd tun mmg akan beli sotong n udang frozen sbb rasa dia lg sedap dr yg konon2nya 'fresh' tu.


resepi  simple2 semua org pandai buat dh ni.. tp nk letak jugak sbb tiba2 gmbr jd cantik pulak. hihi... :D

Sotong Goreng Kunyit
resepi: tun telani

Bahan2
  • 400g sotong- potong ikut suka dan gaul dgn garam dan kunyit
  • 3 tangkai kacang panjang- potong
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 3 bj lada hijau- hiris
  • sedikit sos tiram

Cara2
  • Tumis bawang putih bersama lada hijau hingga wangi.
  • Masukkan sotong dan masak kejap. Kalau xsuka lauk berair, celur kejap sotong dan toskan hingga kering air dia. (tun guna sotong frozen, jd sotong tu dah dicelur)
  • Masukkan kacang panjang dan sos tiram, goreng sebentar.
  • Perasakan garam.



Friday, December 14, 2012

Talapia Sweet Sour bersama Terung


Assalamualaikummmmmm :D

alhamdulillah, arini berjaya duk di depan blog. hihi.... taip n3 cepat2 then blh pegi BW ^^ Owh... b4 that, TAHNIAH pada kakak2 ku cayang kak IZAH dan kak CT ZALIEDANA atas kelahiran baby boy dan baby girl 2 hari lepas.. semoga menjadi anak yg soleh dan solehah insyaAllah /XD

back to the recipe. tun sgt suka makan talapia! ^^ ni laa salah satu ikan yg tiap2 minggu mkn pun xpe.. sama dgn siakap, cuma siakap terlampau mahal kalau nk beli everyweek. hihi.. kalau beli talapia dan siakap mesti nk goreng garing pastu wat sweet sour.. sedap sgtt!! /blush 



apa2 pun, bila makanan sedap, makan je laa.. pastu meh kita exercise!  hihi.... tun suka makan terung! bila malas nk wat byk2 jenis lauk, goreng je laa.. pastu cuah kuah yg sama ;p

Talapia Sweet Sour bersama Terung
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1ekor ikan talapia, saiz sederhana- goreng garing dgn garam & kunyit
  • 4 btg terung panjang- ikut panjang mana, tun kerat 4-6 setiap terung
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1icnh halia- tumbuk
  • 3 bj cili api- just belah tengah sket
  • 2 bj cili merah- hiris
  • 2 sb sos tiram
  • 1/4 c sos cili
  • 1/4 sos tomato
  • garam
  • sedikit air

Cara2:
  •  Gaul terung dgn garam dan goreng dlm minyak sedikit (guna non-stick pan) dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi.
  • masukkan cili merah dan cili padi, tumis sebentar
  • masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. masukkan sedikit air ikut kepekatan yg disukai.
  • masak sampai mendidih.
  • perasakan garam. curahkan atas ikan yg disusun atas terung.

Tuesday, December 11, 2012

Nasi Bukhari Ayam


Assalamualaikum /XD

terasa makin lama makin slow mengapdate blog.. windu zaman2 berjaya update 2-3 n3 sehari. huhu.... zaman2 BW dgn kencangnyer juga.. skrg agak terasa kekangan masa tu, walaupun x bekerja 8-5 mcm org lain. mmg kagum dgn akak2 yg berkeluarga n berkerjaya, tp masih maintain berblogging.. *salute!

terima kasih pada yg masih sudi hidupkan dapur yg suam2 kuku skrg nih.. setiap kunjungan tun akan membalas insyaAllah, tp ada yg bila tun klik nama, dia x share blog content dgn tun la.. jd xtau mcm mana nk membalas kunjungan. sorry sgt. kalau baca ni, shara la blog content dgn tun ye :D 

ok laa.. nasi bukhari ni tun buat minggu lepas. amik gamba lebih kurang je, asal ada gambar kan. teringin jugak nk gmbr cantik2 mcm org lain, tp xpandai nk cari angle, xsempat nak godek2 tenet belajar cara amik gambar pun ye gak. kamera canggih dah, kalu keras tangan mcm tun ni, kamera mahal pun gmbr x cantik gak. huhu.. sedih je..

k la. resepi kak hanieliza. senang dan sedap! tun buat suku adunan. pandai2 la campak2 bahan2 ye. hihi... :p

Nasi Bukhari Ayam
resepi: kak hanieliza
sumber: tun telani

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh. - tun masukkan ayam dan gaul dgn bahan tumis dan rempah sampai masak baru masukkan air.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Saturday, December 8, 2012

Ayam BBQ


Assalamualaikumm~~~ ^^

minggu ni tun buat decision untuk sambung phd kat sini je. b4 this duk pikir2 nk sambung oversea, tp my laling baru je tetap jawatan, nk ajak dia sambung sekali mcm tak mungkin je, pastu kalau nak pjj lagi sekali sure depress nnti. hmm.. dh ada potential supervisor, nx week nk gi duduk dan bincang kalau2 ada research topic yang berkenan di hati.. doakan semoga dipermudahkan ye :D

nway, BBQ chicken ni menu dinner last week. biasa nya xmasak pun, just msk sekali gus lunch n dinner. tp sbb kelas habis lmbt, tun tapau je makanan dr cafe utk lunch. bahan perap ayam ni yg ada duk frozen dlm fridge, lebihan wat BBQ masa kawan2 datang aritu. senang kerja, just perap ayam n masuk oven je.


resepi dr minami usha2 kat myresepi. 1st time guna resepi ni, biasa tun campak2 je utk BBQ. hihi.... mkn dgn scalloped potato, tp dh xnmpk rupa, nmpk mcm mash potato. kui kui... 

Ayam BBQ
resepi: minami@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula - tun letak sikit je
Cara-cara
  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Wednesday, December 5, 2012

Finally! nk tayang jugak Durian Crepe ^o^


Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!  :D

1st n3 in December!! arini sgt struggle kat uni sbb byk paper work kene buat nk bawak student pergi melawat kilang.. surat semua student yg buat, masalahnyer sgt byk error, last2 cikgi dia jugak yg struggle ngadap n betulkan all the letters.. n dh siap print atas letter head ALL the letters, n kemas2 nk balik, kerani tegur December in malay is spelt as 'disember' instead of 'desember'... uwarghhh.. keluarkan semua pen-drive dan betulkn n re-print semua paper work n letters.. huhu.. (xde modal nk citer apa dah.. kui kui.. )

okay.. back to durian crepe.. my laling is addicted to this stuff.. SERIOUSLY! me? so-so je.. sbb rasa mcm mkn durian je. hoho.. made this 3 times already, n last sekali wat 2 adunan sekali gus.. ada budak tu sekali hadap 3 ketul crepe.. haish.. habis laa nk kene mjawab kalu my MIL bising kenapa anak dia makin bam bam.. huhu..

kaler lain sbb ni wat hari lain dr yg atas tu

tried few recipes.. n this one is the best one for me.. tun tukar susu kepada santan, sbb bila guna santan kulit dia x mudah koyak. pastu filling kalau just guna whipped cream, siyes kurang sedap.. letak custard filling, speed habiskan crepe meningkat 2 kali ganda! haha..  

DURIAN CREPE 
resepi:  Eyna hanyena (no link)
tried by: tun telani

20gm tpg gndum - tun tambah lg 1 sudu makan sbb agak cair
20gm tepung ubi
10gm tpg kastard
10gm tpg jagung
1 biji telur
1 sdb myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair - tun guna santan
150ml air
secubit garam
pewarna kuning

Cara membuatnya:
1.masuk semua bahan ke dalam mngkukkacau hingga sebati kemudian tapis
kalau adunan terlalu pekat tambah sedikit air ..
2. Ambil satu senduk kecil, tuang adunan dalam pan kemudian lenggankannya seperti buat kuih ketayp....dengan api yang perlahan...
3. Buat sehingga adunan habis dan sejukkan....

Custard Filling
sumber: kak izah, tun telani

200 gm susu segar
2 kuning telur - tun guna 1 biji telur
30 gm gula halus
1sb tepung kastard - kak izah tambah, tun follow
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

***** nota tun: utk 1 adunan filling, tun buat 1 adunan kulit crepe.