Friday, August 30, 2013

Murtabak Ayam


Assalamualaikummm :)

Gambar dlm folder lagi.. wat bulan puasa aritu. dh lama teringin nk wat murtabak, tp nk kumpul kumpul kerajinan tu yg susah tuu.. tun biasa wat mini murtabak yg guna kulit popia tu je. senang.. byk kerja sangat2, weekend ni jadi tuan rumah utk program usrah. paling pening bab nk sediakan makanan..huhu.. dapur tu dh tunggang langgang byk ngat bahan2 nk masak /sweat



nway.. murtabak ni sgt struggle nk buat okey.. xde skill... byk yg pecah terburai..hahaha... tp rasa sedap :)  tun berjaya bungkus separuh je, separuh lg bungkus dlm kulit popia.. ;p

Murtabak
Resepi: Joayee@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:


Kulit Murtabak: refer resepi Roti Canai

Inti Mutabak:
  • 300g mince meat- tun guna mince chicken
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+perasa secukupnya
  • **1 bawang-potong nipis2
  • **6 biji telur-atau secukupnya 

Kuah Bawang:
*1 bawang besar (atau bawang merah)-potong nipis2
*cuka, gula,garam,air, color merah- secukupnya
campurkan semua bahan diatas *. dan rasa.

Cara-cara:

  • tumis bawang, bawang putih, masukkan mince meat, rempah kari. masukkan perasa. masak hingga kering.
  • bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  • kibarkan doh roti, atau tarik nipis2. masukkan sedikit inti, lipat
  • goreng dgn api perlahan hingga masak.

Thursday, August 29, 2013

Corn Mayo Sushi



Assalamualaikummm :)

Sushi yg ntah zaman bila tun buat. gambo duk dlm folder.. hahaha.. tp ni salah satu menu yg tun buat masa open house weekend aritu.

Alhamdulillah.. dlm kelam kabut byk kerja berjaya juga prepare makanan utk students yg dtg beraya malam td..menu dekat2 sama ngan apa yg tun prepare utk Open house kami, cuma xsempat nk masak nasi dan buat trifle. ye la, student tepon ckp nk dtg beraya 10 org, pastu last2 minit2 ckp ramai pulak yg nk ikot.. nearly semua budak prpn dlm satu lecture. fengsan tun dgr. bdk llk yg ikut jugak, tp tun x kasi sbb bdk group ni student llk lg ramai, mmg x sempat nk prepare makanan.. so merajuk la bdk2 llk tu sbb xleh mai beraya /sweat  sorry noo... len kali kalau nk dtg menyerang umah beramai2, inform la seminggu lbh awal spy blh prepare, bkn sehari sebelum nk dtg.. mujur smlm kelas pagi je, so blk tghari blh terus masak2. buat mee kari, then kek 3 jenis. biskut yg lebih open house aritu. cukup la. mmg x sempat nk wat mende lain.. tq guys for coming :D walaupun terpaksa meredah hujan renyai2 dtg umah puan dia yg jauh dr uni nih. yang paling best, siap tolong basuh pinggan dan bekas2 semua sblm balik. kalau camni rajin dia, len kali blh la dtg lagi. sbb yg paling tun x suka ialah mengemas n basuh semua pinggan mangkuk gelas cawan lepas org balik. hihi

:D kelas yg paling rapat sepanjang tun mengajar.. cikgi duk selit2 celah anak murid. hihi


ok laa...arini just nk kongsi sushi yg ringkas. kami mmg hantu sushi! :D

Corn Mayo Sushi
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan cuka beras
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Roasted seaweed
  • 2 cawan corn kernel (dlm tin atau yg frozen)
  • 2 sudu besar mayonis
  • Secubit garam 

Cara2:
  • Rebus corn kernel dalam air mendidih selama 2-3 minit dan toskan. Kalu guna yg dlm tin, just tos kan air dia, xperlu rebus.
  • Gaulkan jagung dengan mayonis dan secubit garam. Ketepikan.
  • Masak beras bersama 2 cawan air, seperti masak nasi biasa.
  • Campurkan cuka beras bersama garam dan gula. Gaul hingga gula larut.
  • Apabila nasi telah masak dan suam, tuangkan campuran cuka tadi ke dlm nasi. Gaul sebati.
  • Basahkan tangan dan kepalkan 2 sudu besar nasi sushi menjadi bentuk lonjong.
  • Gunting roasted seaweed memanjang, seaweed tersebut haruslah lebih tinggi dari nasi sushi yang dikepal.
  • Gulungkan roasred seaweed sekeliling nasi sushi. Basahkan sedikit supaya melekat.
  • Letakkan jagung tadi di atas nasi sushi.
  • Siap :)
Tun adalah pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Tuesday, August 27, 2013

Menu Open House Aidilfitri kami :)

Assalamualaikummm :D

2-3 hari ni bintulu sangat2 panas.. /sweat  dh rasa mcm sauna dh kat umah ni.. huhu... jemur kain 2-3 jam je dh kering, agak2 kalau duk jemur lama2 blh rapuh je kain nih. hehehe... 

arini nak tayang menu open house kami hari ahad weekend yg lalu. 1st time buat open house yg jemput semua family staff kt opis my laling dan few of my friends and students. students tu ajak2 ayam je sbb uni jauh dan dieorg xde transport nk dtg. tp terharu bila ada yg sewa kereta semata2 yg dtg open house tun /please 

 mmg semput rupanya wat open house ni. selama ni mmg biasa wat makan2, tp xpernah jemput seramai kali ni.  ye la, tukang masak nyer sorang je.. nasib baik la my laling jenis yg rajin mengemas. rumah bersinar2, dr lap kipas, lap perabot, susun kerusi meja, mop lantai, semua dia yg settlekan.. tq laling! :x pagi2 celik2 mata dh masuk dapur. nasib baik juga open house kami xjadi wat tengahari, wat mlm instead, so ada full day utk siapkan semua. plg lama is bab menggoreng ayam tu.. mmg stress goreng ayam byk2 nih. xterkira berapa trip goreng. len kali perlu pastikan lauk tu jenis yg lebur semua dlm kuali.

here's my menu utk siapa2 yg nk rujukan. n also for my reference in the future. skrg dh pandai sket nk budget makanan utk jumlah yg ramai :)  klik gmbr utk resepi ye..


nasi arab gambar dr tong nasik terus. haha... 1st batch x cukup rempah sbb rempah lama xbau rempah sgt. masak 2nd batch suruh my laling beli rempah fresh, pastu gaul dua2 batch. maaf atas kekurangn.



ayam kicap berempah harum. dh biasa tu wat ni.. cuma kali ni tun tambah kerisik kat dalam :) 6 ekor ayam utk menu nih.. kecut tangan2 duk basuh ayam.. kui kui... 


Set mee kari favourite tun. tp xsempat nk merasa dh habis.. hihi.. kuah habis dulu dari mee.. huhu.. insyaAllah pasni dh pandai sket nk estimate kuah mee kari.


Sushi ni enhik laling tun yg suruh buat.. so ptg lepas siap masak semua, duk la ngadap sushi nih.. stress ooo nk menggulung n mengerat semua sbb kan beras dia melekat, jd perlu selalu basahkan dan lap pisau lepas mengerat few slices.. 


wat juga yg mcm ni. tp x byk sbb struggle nk wat byk2. huhu.. yg ni buat dlm 2 bekas tupperware kejap je habis.


tun cuma sempat buat 3 biji kek..
- eggless chocolate cake
- caramalized banana cake
- kek span  - yg ni guna resepi kek span pandan tp guna vanilla essence pastu wat belang2 nmpk cantik sket.. hihi


puding trifle base dia guna resepi kek span kat atas.. pastu campak2 je jd xde resepi.. hehe..


the only biskut raya yg tun sempat.. nmpk resepi Bebola Mentega Kacang kt blog kak Qaseh Honey semua bahan ada keecuali cornflakes, jd tun tukar cornflakes ngan rice cereals :)


Tun pengedar Shaklee berdaftar (SID: 1261295). Boleh wasap 019-932-1450 (klik wasap) untuk sebarang pertanyaan.

Kalau nak beli apa-apa produk Shaklee tanpa orang tengah, boleh klik gambar di bawah 😄 pembelian melalui debit/kredit card.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe1fa775d818957a76304c35e1939355

Thursday, August 22, 2013

Roti Canai


Assalamualaikumm :)

tengah pening fikir menu open house weekend ni.. plan asal nk wat nasi arab ngan meehun sup. tp tghari tu ada staff yg buat open house juga, open house kami malam. tanya siap2 menu dia apa supaya x sama, jd bila dia ckp salah satu menu bihun sup, terpaksa la tukar plan. ingat nk wat mee kari, tp my laling xnak pulak.. hmm.. menu apa yg senang2 sket ye. ada yg suggest laksa, tp x konpiden la nk masak laksa, hihi.. /sweat



roti canai yg tun buat bulan puasa aritu, bahagi kan utk buat roti canai frozen sket sbb xlarat nk menguli dan menebar byk2 kali. hihi...  tun mmg sgt2 fail bab menebar roti canai nih. mmg struggle habis. huhu... roti canai kedua yg tun try. kali ni hasil dia lebih elok.. ramai yg dh cuba resepi nih. tq pada penyumbang resepi.

Roti Canai
Resepi: Joayee@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli- tun xletak
Cara-cara
  • masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  • masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  • uli hingga jadi doh
  • rehatkan doh selama 10min
  • uli lagi selama 5min
  • **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. ** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  • advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine. - tun uli guna mixer mata cangkuk
  • bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  • *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  • *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  • ** Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  • **masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


Wednesday, August 21, 2013

Terima Kasih Jelita Ogos 2013 + Leggo's + Kara :)


Assalamualaikumm.....  /XD

Alhamdulillah... alhamdulillah... sekali lagi tun sgt berbesar hati menerima pelawaan editor JELITA utk menyumbangkan beberapa resepi dlm mini booklet Sajian Istimewa Leggo's dan Kara. Terima kasih tak terhingga pada Cik Norashikin, editor JELITA yg mmg cantik jelita orangnya. hihi... :x

Bila diminta buat resepi menggunakan product Leggo's dan Kara.. terus tun pergi ronda2 main supermarket kat sini.. usha2 products keluaran syarikat dan anak syarikat Leggo's. tp x malangnya x banyak yg sampai ke Bintulu. tun cuma berjaya beli Simplot Hashbrown dan mini Hashbrown, corn, dan few others. Kara pula tun beli santan kotak dia. Ada laa sikit2 resepi yg tun cuba2 jaya. yg menjadi sedap tun hantar kat Cik Shikin utk edit :) Alhamdulillah, dlm booklet ni ada 3 resepi dari tun.. yg special 2 di bawah. Lagi satu bubur biasa2 je guna santan kara ^^


Owh... ni cover JELITA bulan Ogos. mini booklet ni kecik je kat tgh2 majalah.. walaupun mini, byk resepi kat dalam tau. tak tau ada lg x kt kedai, maybe dah kuar yg September nyer kot.. hihi... kat Bintulu ni agak susah nk jumpa JELITA, ni mujur abah tun tolong belikan, dpt la tgk mcm mana hasil titik peluh mencipta resepi :)


Owh.. thank you pada Simplot dan Kara diatas 2 goody bags yg sgt best!! dh amik gambar goody bags tp hilang pulak gmbr. ada mcm2 product cenderahati Simplot dan Kara, apron dan buku resepi pon ade.. suke! suke!! ?XD

Till then.. :X


Ps: Dgn duka cita, tun masih belum berjaya menghantar komen ke blog2 yg menggunakan setting embedded komen. Harap maklum :(

Tuesday, August 20, 2013

Nasi Arab utk rumah 'terbuka' di kampung :)


Assalamualaikummm :)

1st n3 lepas raya... dh nearly separuh syawal berlalu.. Alhamdulillah, kami baru sampai di Bintulu semalam.. mmg biasa balik kg 2 minggu utk raya, kalau x mmg x sempat nk balik dua2 kampung di johor dan ganu. Tahun ni beraya di rumah mertua, petang raya ke 3 baru bertolak blk ke ganu. Pagi raya di rumah mertua mmg genap tahun menu Soto Ayam. Kalau kt kg tun pun, pagi raya mama tun akan buat nasi himpit kuah kacang dan pulut kuning mkn ngan rendang ayam dan gulai daging. Semua pun sedap! :D  kalau raya umah mertua, mmg dh suruh mama simpankn siap2 satay dan gulai mana yg blh disimpan utk tun. hihi...


Nasi arab ni buat raya ke 5 dan 7. raya ke 4 buat majlis mkn2 kat rumah, mama wat laksa ganu..sedap sgt tp x sempat nk amik gambo.. raya ke 5 baru la beramai2 students mama datang serang rumah.. xde la wat rumah terbuka betul2, tp sekali gus ramai yg dtg kira rumah terbuka la tu kot. hihi.. Nasi arab yg simple dan sedap.. di'melayu'kan sbb serve dgn ayam masak merah dan kari dalca. Kari dalca mama tun yg buat, resepi campak2 tp sedap. hihi...

Thanks to kak hanieliza for the recipe.. mmg sedap sampai raya ke 7 pun buat lg sekali utk serangan students mama batch ke 2. hihi.. siap ada yg mintak resepi, jd mmg x rugi mencuba.. :D

Nasi Arab
resepi: kak hanieliza, kak nor
sumber: tun telani

Bahan-bahannya:


  • 1 kg beras basmathi-cuci dan rendam sekejap dan toskan.
  • 1.5 liter air. - tun ikut sukatan beras
  • 500 gm ayam-potong kecil.
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau.
  • 1 pokok daun sadri- potong. - tun letak dgn batang2 sekali
  • 1 pokok daun ketumbar - tak suka, x letak
  • 3 tbsp minyak masak.
  • 5 tbsp minyak sapi.
  • 2 tbsp serbuk jintan manis.
  • 1/2 tbsp serbuk jintan putih.
  • Garam.
  • Gula. - tun x letak
  • 1 ketul kiub ayam. - tun xletak

Bahan-bahan Tumis.

  • 5 ulas bawang merah.-cincang.
  • 3 ulas bawang putih.-cincang.
  • 1 labu bawang besar-cincang.
  • 3 cm halia.-cincang
  • 2 inci kulit kayu manis.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 3 biji buah pelaga.

Hiasan:
  • Badam-goreng sekejap. - xde
  • Kismis.-goreng sekejap. - xsuka, xletak
  • Daun sup& daun bawang.
  • Bawang goreng.
  • Kacang peas.  - xde

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik baunya. 
  • Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air
  • .Masukkan cili masak,cili hijau,daun saderi,daun ketumbar,ayam,garam,gula dan kiub pati ayam.Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali baru masukkan beras.masak seperti menanak  nasi biasa. Hias dengan badam,kismis,daun bawang,daun sup dan tabur sedikit dengan bawang goreng.

Monday, August 5, 2013

Biskut Raya 1434H: Chocolate Chips Cookies with Almonds


Assalamualaikumm :)

tayangan biskut raya terakhir utk tahun nih..buat 4 jenis je sbb kt umah mama dan kakak dh bawa blk biskut jugak. tayang nyer 3 sbb satu lg mcm xberapa nk menjadi.. hihi.. kita tunjuk yg jd je ye, kalau yg x jadi tu xyah nk tunjuk2, kesian kt org yg menerai resepi kita nnti.. 

ni biskut chocolate chip favourite tun. dh few years tun guna resepi yg tun olah dr buku resepi pemberian my laling :x ni la cookies yg duk ulang2 buat, kdg2 tambah kacang2, kdg2 buat plain, kdg2 tambah cocoa powder jd lbh chocolaty. ada yg hairan tgk xde telur dlm resepi nih. tp mmg xde telur, dan masih sgt rangup dan sedap :D


utk raya kali nih, tun buat cookies ni tambah badam cincang. mmg biasanya ni laa biskut yg paling cepat habis :)

Chocolate Chips Cookies with Almonds
Resepi: 500 cookies and bakings Cookbook
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1/2 cwn chopped almonds - sangai dahulu
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan badam dan gaul sebati lagi.
  • Masukkan dalam peti sejuk sebentar jika ingin cookies terbentuk cantik.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Sunday, August 4, 2013

Biskut Raya 1434H: Biskut Nestum Rangupp


Assalamualaikummmm~~~

sape tgh dgr lagu raya.. angkat tangan!! hihi... kt sini dh makin sunyi sepi.. kiteorg antara yg paling akhir meninggalkan bumi bintulu. sbb xde feel raya, jd buat biskut raya smbil dgr lagu raya utk mengubat hati yg sedikit berduka.. huhu... tahun ni raya umah mertua, jd sayu je dgr lagu dendang perantau dan dari jauh ku pohon maaf tuu.. sob sob.... don't get me wrong, i love my in-laws.. especially my sisters in law. dgr2 org duk citer pasal xleh 'go' ngan kakak2 ipar, tun bersyukur sbb ipar2 tun semua baik2. tapi.. mana sama kampung sendiri ngan kampung mertua kan.. jd mlm raya tu mmg terasa mcm nk berdrama air mata la jugak dlm bilik.. huhu...

nway.. tun baru siapkan 2 jenis biskut.. mula2 semangat nk buat mcm2 biskut, tp kakak tun ckp dh byk biskut tunjuk kat rumah, jd cancel buat byk2.. nnti bazir je.. biskut nestum ni tun dh buat last year, sbb tun suka makan jd buat lg tahun nih.

fresh from oven

Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas, tun telani
Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit. 


Friday, August 2, 2013

Biskut Raya 1434H: Best Ever Chocolate Cookies


Assalamualaikummm :D

tayangan perdana biskut raya dr dapur tun! hihi.. org len dh siap packing biskut nk bw blk kg, tun baru nk stat wat biskut raya. huhu... arini officially stat cuti mid sem aka cuti raya, jd baru la dpt bernapas sikit. tu pun sbb wat2 x nmpk kerja2 phd yg tak pernah surut tu.. /sweat

nway.. this has become biskut wajib family tun.. wat snacking saje2 dan juga wat masa raya.. satu adunan ni mmg kejap je habis nih.. meriah dgn raya coklat even after tun reduce kan portion chocolate dia. TAPI.. sbb ni resepi mat saleh kan, gula dia agak banyak. so kalau rasa2 nk kurangkan manis di musim perayaan ini, blh kurangkan sikit gula tu ye :)



Nama best ever tu bkn sbb tun syok sendiri ye, tp sbb mmg tu nama yg diberi kat biskut nih.. tp sbb ni antara biskut feveret adik2 tun, jd mmg sesuai kot nama best ever choc cookies tu.. ^^

Best Ever Chocolate Cookies
Adapted from: krista3@allrecipe
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla 

Cara2
  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis. 
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut agaklembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas