Monday, September 9, 2013

Basic Sponge Cake


Assalamualaikumm :D

sepanjang weekend penuh ngan aktiviti, nk tgk blog pon x sempat. teringat pulak kat zaman yg byk masa terluang dan blh mengapdate blog 2-3 kali sehari. huhu.. skrg kalau dpt tgk blog seminggu 2-3kali tu pon dh kira byk dh tu. lagi2 skrg dh dekat2 nk habis sem, mmg bizi dgn presentation, tutorial, dan marathon silibus. berpinar2 dh mata menanda lab reports dan assignments /blur

lg 2 minggu, then start study week. lepas tu baru blh kembali membaca utk my phd. harap2 supervisor x dtg cari b4 that /sweat


ok lah.. kali ni tayang sponge cake yg dh byk kali tun buat. cuma perisa je tukar2. Sbb guna ovalette, jd mmg senang, campak2 semua bahan dan pukul smp kembang dan pekat. Mmg senang, gebu, dan moist kek nih.

Kek Span Asas
Adaptasi dari: sweet4ever@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 150 g tepung gandum
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sb ovalette
  • 80 ml air
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
  • Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan air, esen vanilla dan pewarna pilihan. pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  • Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  • Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  • Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.

** tun masih menghadapi masalah utk komen di blog yg menggunakan setting embedded komen :(

7 comments:

Gee® said...

Tun, pinar2 pon sempat membaking yer... gebus gebas kek span tu... suwit jer...

Mel said...

ai yang tak study, tak maraton tanda paper pun tak rajin macam u buat kek bagai.entah apelah yang ai buat.. meh huluq skit pada ai yang malas membaking ni. uhu

Cheq Sue said...

cheq sue pun guna resepi ni utk order... mudah dan menjadi

Che Kem said...

gevu nye

suryabil said...

Bahan ada nk buat gak le...tergudaa i..:-)

Unknown said...

Berpinor mata pun sempat lagi menyepan kan Tun? skrg ni akak gantung loyang2 kek, sb masing2 mcm tak berapa nak mkn kek. Pernah org bagi kek kawin, separuh terbuang. Memang taknak mkn sgt, sibujang akak pun gitu.
Kek span mmg mudah jd, akak pernah cuba ikut buku chef sabri.

Anonymous said...

@Gee®

betul tu sweet je color die. pastu layer atas tu cantik n nampak sedap :)

Jom usha koleksi Resepi, Petua, Gambar & Cerita @  buatwanita.blogspot.com