Thursday, February 28, 2013

Donat Lembut IML


Assalamualaikumm... :)

Lama menyepi, tup tap tup tap dh hari last bulan 2. rata2 tau tun blk kampung kan, dh balik sini wiken lepas, tp biasa laa, dh lama cuti tu sah2 la kerja bertimbun menanti. stress je nengok keje byk ngat. huhu... tp sbb xnk blog bersawang, tun curi2 masa mengapdate. nnti lepas ni nk BW kejap :)


arini kita minum petang dgn donat kak izah yg senang sgt nk buat nih.. rata2 ramai blogger dh mencuba resepi ni, tun pun masa awal2 kak izah tayang dgn penuh semangat menerai, tp x ter-amik gambar. kali ni buat amik gmbr dulu b4 makan. hihi..


jemput semua. baru lepas goreng nih, panas lagi ^^ wat donat biasa dan pau goreng :D  tun uli guna mixer mata cangkuk.

Donat Lembut
resepi: kak izah
sumber: tun telani


Bahan2:

  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

  •  3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara2:

  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.
penggunaan BM:
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Sunday, February 10, 2013

Lama x ber-update..



Assalamualaikum...


lama menyepikan diri, dan bakal menyepikan diri lagi lepas nih.. huhu.. tq semua pengunjung yg sudi bertandang walaupun tuan rumah xde, wat mcm rumah sendiri la ye. hihi..

tun baru balik dr bawa students 1 course ke kuching. one whole day nyer journey, mmg memenatkan. bertolak pagi2 hari dr bintulu, tgh malam baru sampai kuching. then one whole day ke beberapa destination field trip. smlm bertolak blk ke bintulu pagi dan smp mid-night. mmg pening dduk dlm bas lama sgt, nasib baik x muntah :-&

Cenderahati dari Lembaga Koko Malaysia ^^

Esok insyaAllah akan pulang ke kampung :D uni cuti seminggu, tp tun balik 10hari. hihi... kalau iA ok dan ada masa akan up-date di kampung, kalau x balik bintulu baru update lah ^^


Sunday, February 3, 2013

Nasi Kuning Sabah


Assalamualaikum wbt ^^

Dah 3 februari baru berjaya mengapdate blog.. sesungguhnya skrg sgt bizi! T.T (sob sob...).. tak terkejar masa sbb byk betul date line sepanjang minggu.. Alhamdulillah berjaya siapkan semua soalan final, skrg marathon marking paper test 2, hopefully mlm ni berjaya key-in semua markah.

Nasi kuning ni tun wat 2 minggu lepas.. huhuhu... baru skrg nk masuk entry. biasa tun jarang peram lama2 gambar, tp yg ni sbb xsempat nk mengedit watermark segala bagai, jd tertunda. tun wat after terliur nengok kak yana tayang nasi dia :) 


Nama dia nasi kuning je. tp sbb ganu pun ada nasi kuning yg totally different dr yg ni, so tun letak nama nasi kuning sabah, sbb nasi ni asal dr sabah ^^.  rasa dia lebih kurang nasi lemak, tp sbb nasi ni perlu dikukus, jd terasa lebih sedap ^^ . patutnya serve ngan sambal ikan, tp tun xde ikan yg sesuai, wat sambal bilis je. apa2 pun, yg penting sedap dan makan licin. tq kak amie tuan resepi dan kak yana yg berjaya menggoda tun.


tun wat suku je dr resepi asal sbb 2 org makan je kan :)

Nasi Kuning Sabah
Resepi: kak Amie
Sumber: kak yana, tun telani

Bahan-bahan:
5 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
500ml pati santan - lun letak half santan, half air
sedikit halba- tun tambah


Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.