Monday, September 30, 2013

Cream Puff... lagii....


Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah.. masih berkesempatan mengapdate blog arini.. actually berusaha utk fokus kat study, tp 2-3jam ngadap buku, mcm xde yg masuk ke kepala nih.. so take a break ngan ngadap blog. jgn ngadap blog lg lama dr ngadap buku dah le tun ye....  /sweat

kuih ulang2 je.. dh byk kali wat cream puff. mmg x terkira byk nyer. hihi.. bila dh pandai buat tu, rasa mcm senang kan. jd kalau ada makan2 or org nk dtg umah, ni salah satu menu yg biasa tun buat. kali ni cream puff tun buat utk bawa gi usrah pg smlm, dan sbb nk bawa gi umah mel ptg semalam. ingat nk bawa mende lain jugak, tp terkene penyakit M lak, jd wat sejenis kuih je. huhu...

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling  (buat 2 adunan)
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

satu je gamba cream puff yg cantik. yg lain hudus la pulak angle dia.. so tun nk tayang pokok lada di balkoni sekangkang kera tun.. gembira lada sulung dah besar, tp xsure bila blh tuai nih. yg kelakarnya, tun ingatkan pokok cili padi tau...masa mula2 kuar kan kecik, tp terkejut tgk makin besar.. cili besar rupa2nya. hahahaha.. :p semai sesuka hati dek pon. byk yg cili padi yg tun semai, pastu rasa2nya sekali je tun campak bijik cili besar. last2 ada 2 pokok yg hidup besar.. dua2 pokok cili besar. hihi.. xpe la, rezeki jugak. ni baru semai cili padi. xde space dh kat balkoni ni ha. kene gantung2 pasu pulak pasnih.. /XD


Friday, September 27, 2013

Sambal Ayam Daun Selasih


Assalamualaikummmm :)

breakfast apa hari ni? my laling ada kerja kt semenanjung for a few days, esok baru balik, jd bila xde org kat umah, nk masak pon malas. huhu.... 

Arini tayang lauk yg masak 2 hari lepas dh. xpe, gambar x basi kan. tun x biasa mkn daun selasih ni, rasa dia sedikit pedas ala2 ulam raja kot. anak pokok Mel kasi few months ago, tanam dlm pasu kt balkoni je. Pokok ni kene cahaya matahari yg cukup sbb last time masa cuti raya 2minggu, alihkan ke depan pintu, minta tolong makcik cleaner siramkan. sbb xdpt sunlight yg cukup, nyaris mati pokok tu. dh hbs semua daun gugur. bila tun blk, ingatkan pokok tu dah mati, tp tun letakkan juga kat balkoni. tgk2 elok dia hidup.. kagum betol..
Pokok Selasih di balkoni rumah
tun x biasa msk selasih.. gugel resepi tgk biasa org masak daging masak kaprau or ayam masak kaprau kan.. tp sbb x cukup bahan, tun buat sambal je.. campur ngan daun selasih, rasa dia sedap jugak rupa2nya :) at least xde la terbazir je daun ni kan.


Bahan agak2 je, sbb biasa main campak2 je kan.. huhu

Sambal Ayam Daun Selasih
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kg ayam - gaul garam kunyit n goreng garing
  • 1 bj bawang besar- tumbuk
  • 3 ulas bwg putih- tumbuk
  • Sedikit belacan- tumbuk
  • 5-6 sb cili giling
  • 2 sb kicap manis - agak2 je ni
  • 1 btg serai- ketuk
  • 1/2 cawan daun selasih - cuci bersih
  • Garam
  • Sedikit Gula
  • Sedikit air
Cara2:
  • Tumis bawang, bawang putih, belacan dan serai hingga naik bau, masukkan cili giling dan goreng sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi (tun masukkan gula supaya jd warna merah yg cantik)
  • Masukkan kicap dan dan sedikit air.
  • Masukkan ayam dan daun selasih. Gaul rata dan perasakan garam. 
  • Siap! 

Wednesday, September 25, 2013

Ayam Bakar Mayonis


Assalamualaikummmm /XD

Alhamdulillah akhirnya tun berjaya settlekan problem xleh leave komen kat embedded comment.  rupa2nya cuma perlu klik 'always' kat 'accept third party cookies'.. punya laa mcm2 cara tun buat b4 this.. kat internet pon mcm2 solution yg complicated org suggest. Alhamdulillah ada insan yg post solution simple ni kat google forum :) skrg dh xrasa bersalah kalau org leave komen kt sini pastu xleh nk reply komen kt blog. insyaAllah pasni bila bw tun akan komen kat blog kamu-kamu ya :D

ok laa.. resepi simple.. mmg suka masak mende2 simple nih.. senang dan cepat utk org yg kunun2 bizi nih. hihi... mkn dgn ulam2 dan sambal tempoyak. menu sihat pulak ye.. daun cekur tu yg tanam kat balkoni, xpandai mkn sgt. gugel tgk org wat ulam, jd paksa diri telan juga. hihi.. rasa dia agak kuat. kalau ada sapa2 yg ada resepi guna daun cekur ckp la ye, membazir je daun cekur dlm pasu tu :)


Ayam Bakar Mayonis
Resepi: vdia@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 8 ketul drumstick - tun guna 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam - xletak, ganti ngan garam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara
  • Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. 
  • Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap. 
  • Cara tun: masa mula bakar, tun cover dgn aluminium foil dulu utk kekalkan kelembapan. Then alihkan ayam yg half cook atas jaring (simpan air yg keluar utk buat kuah) dan bakar smp garing. 

Tuesday, September 24, 2013

Rose Pau


Assalamualaikummm /XD

Alhamdulillah.. berjaya juga update blog arini. dh akhir bulan 9, baru beberapa n3 yg berjaya di tulis. mmg perlu pergi seminar pengurusan masa rasanya nih.. huhu... meja penuh ngan kerja2 students yg perlu di mark. alhamdulillah, minggu ni dh stat study week, jd bila xde kuliah ni, blh la buat operasi 'bersihkan' meja dr kerja2 yg berkaitan yg student nih.. insyaAllah blh fokus kt my phd research. doakan tun rajin dan dpt byk idea ye :)

weekend aritu pergi tido umah mel@melinblossom. seronok sgt! 1st time yu, tido umah geng blogger. mmg dunia tanpa sempadan skrg kan. terasa rendah diri pulak tgk umah mel yg besar, umah kita kecik je.. huhu.. jeles tang byk tanah dan mcm2 pokok ada kt keliling umah tu. agak2 Sime Darby perlu researcher x ye? nnti habis phd nk mintak keje ngan sime darby lah, blh duk umah besar ngan ada org gaji. hihi... :P tq mel for the hospitality. mcm2 mel masak, len kali tun dtg bawa perot lg ye.. hihi... sbb dua2 tuan blog spesis yg x tayang muka kt blog, jd xde la nk letak gambo yg di ambil kan.. 


ok laa. panjang benor n3.. into pau x buat lagi nih... org len dh berzaman tayang pau cantik nih.. tun baru nk buat.. tu pon sbb kawan tun kasi video org wat 'roti bunga' kt FB.  jd berusaha untuk merajinkan diri buat.. sbb tun dh selesa dgn resepi pau lembut tu, jd tun guna resepi tu je untuk buat pau nih.. resepi kat SINI dan SINI . cuma tun letak sikit red colouring kasi cantik..

yg ni terkeluar pulak inti dia.. tp mcm lawa la pulak jd nyer.. hihi
untuk cara2 buat bunga tu, blh refer video 'Roti Bunga' kat facebook nih, or dr page Wendy dan kak Ita :D


Thursday, September 19, 2013

Chicken Pie with Hashbrown Topping


Assalamualaikummm :D

Alhamdulillah.. arini berjaya akhirnya duduk mengadap blog kesayangan.. minggu lepas bizi dgn planning mukhayyam, then gi mukhayyam kat sibu 3 hari.. isnin balik mmg kepengsanan.. sakit badan ooo.... tp alhamdulillah, sgt2 gembira jumpa akhwat2 semua. tema ukhwah, mmg by the end of mukhayyam terasa rapat dgn semua peserta walaupun ada yg baru 1st time jumpa time mukhayyam.. insyaAllah next program kita jumpa lagi ye /XD

xde resepi yg blh di update.. sbb masak biasa2 je. lauk pun ulang2 n byk masak lauk campak2 je. hihi.. sbb nk jugak update blog, jd teringat pula kat resepi yg tun hntr ke majalah Jelita beberapa bln lepas.. resepi ni blom update lg kat blog.. so, tepek je la gmbr lama nih..




dh biasa wat chicken pie kan.. kali ni sbb mk guna product simplot, jd topping dia tun guna hashbrown. senang, cepat dan sedap :D selamat mencuba ^^

Chicken Pie with Hashbrown Topping

Resepi: tun telani

Bahan-bahan
  • 200 g Hash brown
  • 2 sudu kecil mentega
  • 2 keping dada ayam- di dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup
  • 1 biji bawang besar- dadu
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 batang lobak merah- di sagat
  • 2 btg saleri- di dadu
  • ½ cawan corn kernel
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
  • Goreng hash brown sampai masak, hancurkan kasar menggunakan garfu dan gaul dengan 2 sudu kecil mentega. Ketepikan.
  • Panaskan mentega dan tumis bawang sekejap. Masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak.
  • masukkan serbuk mushroom roup, lobak merah, saleri dan jagung. Gaulkan dan masukkan air sedikit. Biarkan mendidih.
  • Masukkan tepung gandum yang di larutkan dalam sedikit air. Masak hingga pekat.
  • Perasakan garam dan lada hitam.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan dalam bekas ramekin dan letakkan hash brown di atas setiap pie.
  • Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau hingga keperangan.


Thursday, September 12, 2013

Homemade Dragon Fruit Ice-Cream


Assalamualaikumm :D

alhamdulillah.. alhamdulillah... setelah beberapa hari stress xleh nk update blog, akhirnya berjaya juga jumpa penyelesaian. Bagi sape2 yg menghadapi masalah mcm tun ni, bila nk update dia kuar msg:

You have logged out from another location. Do you want to log in again?
Yes, I want to log in again.

 pastu tekan yes pon kuar msg yg sama juga. tun google dan ada yg bg penyelesaian dgn log in through www.blogger.com/‎ instead of through bookmark page. sbb tun mmg dh bookmark dashboard tu. bila log in guna page yg dh bookmark msg yg sama akan keluar. Alhamdulillah ni dh blh update sbb log in guna www.blogger.com/‎. 



ok laa.. arini nk share resepi homemade aiskrim.. mmg dh selalu sgt guna resepi wssary utk wat aiskrim, cuma tukar2 perisa. aritu ada kawan kasi dragon fruit, both of us x bape gemar sgt mkn dragon fruit, jd dr bazir je, tun try wat aiskrim ni sbb kaler dia sgt cantek!  cuma sbb dia sgt byk air, jd bila freeze tu, aiskrim tu tak selembut biasa. tp my laling laju jugak mknnyer, dia ckp sedap :) jd kalau nk mencuba blh la cuba ye.

Homemade Dragon Fruit Ice-Cream
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )
  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 bj buah naga merah- lecek
 Cara-cara
  • mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed - blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  • simpan dalam freezer 30 minit
  • ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali - mix, freeze, mix, freeze, mix, + vanilla+ buah naga, freeze
  • pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanilla, dan buah naga
  • kacau dengan wisk atau senduk kayu
  • boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  • freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

 bg yg tak faham..
  • mula2 tu mix high speed selama 5 minit, dan sejukkan dlm fridge setengah jam (x beku ye, dia sejuk je)
    pastu ulang lagi, mix high speed 5 minit, dan sejukkan setengah jam
    last sekali, mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan susu tepung, vanilla, dan perasa pilihan.
    pastu freeze kan semalaman

Monday, September 9, 2013

Basic Sponge Cake


Assalamualaikumm :D

sepanjang weekend penuh ngan aktiviti, nk tgk blog pon x sempat. teringat pulak kat zaman yg byk masa terluang dan blh mengapdate blog 2-3 kali sehari. huhu.. skrg kalau dpt tgk blog seminggu 2-3kali tu pon dh kira byk dh tu. lagi2 skrg dh dekat2 nk habis sem, mmg bizi dgn presentation, tutorial, dan marathon silibus. berpinar2 dh mata menanda lab reports dan assignments /blur

lg 2 minggu, then start study week. lepas tu baru blh kembali membaca utk my phd. harap2 supervisor x dtg cari b4 that /sweat


ok lah.. kali ni tayang sponge cake yg dh byk kali tun buat. cuma perisa je tukar2. Sbb guna ovalette, jd mmg senang, campak2 semua bahan dan pukul smp kembang dan pekat. Mmg senang, gebu, dan moist kek nih.

Kek Span Asas
Adaptasi dari: sweet4ever@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 150 g tepung gandum
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sb ovalette
  • 80 ml air
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
  • Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan air, esen vanilla dan pewarna pilihan. pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  • Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  • Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  • Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.

** tun masih menghadapi masalah utk komen di blog yg menggunakan setting embedded komen :(

Thursday, September 5, 2013

Kuah Dhal.. ala2 kedai mamak roti canai..


Assalamualaikummmm :D

arini sejukk.. sgt liat nk bangun. ingat nk puasa, tp sbb sedap ngat tido, tak bangun sahur.. huhu.. hujan2 ni mmg kene mujahadah lebih sket nk bangun awal2 pagi. 

n3 cepat2 sebab manyakk kerja. mujahadah lebih gak nk merajinkan diri wat kerja cepat2. dh dekat habis sem ni mmg perlu marathon menanda semua lab reports dan kerja kursus. nnti xsempat nk key-in markah dlm sistem. kerja2 phd mmg tertunggak habis :(


nway.. kuah dhal yg sedap! 1st time tun buat kuah dhal gaya mamak mcm ni. selama ni tun masak kari dalca je. walaupon tun xcukup sayur2 dia, tp mmg sedap kuah dhal nih. buat utk mkn ngan roti canai dan murtabak. pastu tambah pulak ada sambal bilis. mmg tip top habis! xD

Kuah Dhal
resepi: s_shamen@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat) -tun  xletak
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa- tun xletak gula

Cara-cara
  • Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.- tun guna pressure cooker rebus kacang dhal, dlm 10minit dh kembang. pastu baru masukkan dlm periuk.
  • Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  • Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  • Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  • Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Tuesday, September 3, 2013

Lontong utk Majlis Jamuan Raya :)


Assalamualaikummm....

kepala pinar2 marathon menanda kertas ujian dr pagi /blur  take a break jap dgn jenguk blog kesayangan :) 

kat fb tgh panas dgn kenaikan harga minyak kan.. tun pun rasa tindakan mengurangkan subsidi petrol adalah tidak wajar. Malaysia kan negara pengeluar minyak? pelik la jika kita perlu mengikut harga minyak pasaran kan. utk org2 mcm tun yg jarak umah ke uni/tempat kerja agak jauh, mmg sgt2 terasa lah bila minyak naik. selama ni pon isi 50 inggit mcm air je minyak tu. tun bukan memihak kepada mana2 parti politik, no, i'm not a hard core follower of neither kerajaan nor pembangkang. sbb nk pilih pemimpin bkn tgk parti, tp tgk kpd individu. masa mcm ni la kita belajar penting nya memilih pemimpin yg akan meletakkan org bawahan/rakyat melebihi kepentingan diri, bkn sebaliknya. tp kebanyakan kita dibutakan dgn melihat parti sebelum melihat individu yg dipilih. Wallahua'lam...

uish.. sekali sekala tulis topik serius kan. haha.. apa2 je la, mende yg dh jadi. semoga dgn 'kemarahan' sebahagian besar rakyat akan membuka hati pemimpin menambah semula subsidi... 

nway... kembali pada lontong arini. xhabis2 majlis raya kan. hahaha.. jumaat ni hari last syawal, smp jumaat ni la beraya kan ;) weekend aritu kami jadi tuan rumah Daurah ISMA di bintulu. sbb masih lg di bulan syawal, jd buat jamuan raya la time lunch kan. Lontong main menu sbb senang nk buat. kuih muih wat pot luck.. sbb tun org ganu yg dh dekat2 nk umur 20tahun baru 1st time nengok lontong ni, jd mmg bukan kepakaran tun masak lontong. nasib baik ada pakcik gugel. hihi..

my laling makan 2-3 kali tambah. kembang jap wife dia nih bila org cakap sedap.. :D yg penting sambal perlu ada. tun mkn ngan sambal lebih nasi lemak je. haha... tun masak utk 50 org, jd bahan pandai2 la budget.

Sayur Lodeh @ Kuah Lontong
Resepi: kak fida @myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 10 orang )

Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering - tun xletak nih
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit 
  • tun tambah ayam yg dipotong kecil juga
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa- tun guna santan kotak
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
Cara-cara
  • Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  • Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.