Wednesday, November 27, 2013

Dumpling Daging dengan Sup Sayur


Assalamualaikumm :D

morning!!! /XD awal betul mengapdate blog arini.. hahaha.. smlm blk umah kepala ting tong sbb berpanas di ladang getah, so tido dgn awalnya. subjek sem ni mmg involve amali di ladang (which i know nothing about). subjek yg mmg xde kene mengena dgn apa yg tun belajar.. haha.. eh, tipu2, dlm silibus dia ada la 20% kot yg ada kaitan dgn qualification tun, tp everything can be learnt theoritically. so study dgn tekunnya utk buat lecture notes dan bg budak2 faham. still, bila tang amali tu mmg lemah sikit lah. alhamdulillah bila masuk ladang, blh request staff yg jaga ladang utk buat explanation dan demo. jd lecturer depa ni pon belajar sekali lah. yg penting, confident kene lebih dan jgn tunjuk yg kita tak penah buat mende tuh.. ;p


ok..arini tayang gambar yg dh terperam dlm folder dgn lamanya.. /sweat huhu.. sorry la, ai siap lupa lg bila la buat nih. xsempat nk mengedit gambo baru, update gmbr yg dh ada je. dh pernah tayang sekali. kali nih before serve tu tun pecahkan sebiji telur.

Dumpling Daging dengan Sup Sayur
Resepi: Chef Sarji, Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan A

  • 1 cwn daging kisar - tun guna 300 g
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 cwn tepung jagung - tun letak 2 sb
  • 1 sudu makan garam - tun letak 1 sk
  • 1/2 sk serbuh lada putih

Bahan B
  • 3 cwn air rebusan daging - tun guna 3 cwn air + 1/2 kiub daging
  • 2 keping cendawan tiram - tun guna 3 keping shiitake
  • 1/2 inch lobak merah- potong kecik
  • 1 btg sawi - potong
  • 2 inch cendawan butang
  • 2 inch saderi
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk minyak bijan
  • sedikit tepung jagung jika ingin pekatkan sup.

Cara2
  • Kisar Bahan A dan bulat2kan ikut saiz kesukaan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Didihkan air dan kiub daging dan masukkan dumpling daging tadi. Masak sampai dumpling timbul. 
  • ** Adunan ini akan menghasilkan dumpling daging yg agak banyak, jadi sebahgian blh ditoskan dan disimpan dalam fridge.
  • Masukkan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Jika suka sup yg pekat, blh masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan garam dan blh dihidang dgn nasi atau mee - tun hidangkan dgn dried egg noodle yg dh direbus, before serve pecahkan sebiji telur ke dalam periuk

Monday, November 25, 2013

Yummy Apple Cake ~ Super Easy!


Assalamualaikummmm /XD

apa khabar? terima kasih buat semua yg sudi mengunjungi dapur tun yg suam2 kuku nih.. siyes xsempat nk ngadap blog lama2. kdg2 ada masa otak tepu wat research kat uni, terasa mcm nk BW or update blog, tp tenet teramat sangat slow kat uni, kalau siput sedut.. huhu.. mujur still blh nk send email or guna google sikit2. kalau x mau tak jadi kerja. bila dh desperate sgt nk guna internet laju terpaksa korbankan mobile data, guna hotspot. nway, bersyukur la at least ada intenet kat uni.

ok laa.. n3 laju2 je nih.. menu yg musnahkan diet :p tun nih, buku resepi punya laaa banyak, ada yg khatam baca 2-3 kali, resepi satu pon xbuat lagi. huhu.. ni salah satu resepi dr buku yg beli awal tahun aritu, buku ni salah satu hadiah utk GA yg tun buat. ni buku yg kak Madihaa menang :)
 
GAMBAR TAK CANTIK... TP RASA SEDAPP

resepi kek ni palinggggg senang, campak2 dlm food processor je, tp hasil dia, sangat lembut dan sedap /blush tun mmg xingat diet dah, sekali hadap 3 slice, pastu sambil duk depan tibi capai tupperware letak kek.. uuu uuu.. diet ku ke laut.. mmg akan tun ulang2 kek nih.. masuk list teratas kek yg tun paling suka ^^

resepi olah sikit sbb dlm resepi guna light brown flour.. tepung whole meal ke? xpenah ku jumpa..huhu.. pastu dlm resepi guna self-rising flour, yg mmg tun xpenah beli. jd tun guna tepung biasa je. owh, yg tun perasan resepi mat saleh nih, mostly guna baking powder dgn banyaknyer, maybe baking powder depa xsama ngan kita kot, tun kurangkn sukatan baking powder jugak.

Apple Cake
Sumber: Buku Cupcakes, Cookies, & Coffee Cakes
Olahan: tun telani

Bahan2 (loyang 23cm)
  • 3 biji epal - tun guna epal hijau
  • 1/2 sk cinnamon powder
  • 1 c butter
  • 1/2 c gula
  • 1/2 c gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 4 bj telur
  • 1 3/4 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder

Cara2
  • Kupas epal dan hiris nipis. Gaulkan dgn serbuk kayu manis dan susun di bahagian bawah loyang
  • Masukkan semua bahan lain dlm food processor dan mesin sampai sebati.
  • Tuangkan adunan kek atas epal yg disusun td dan bakar pada suhu 180 C selama satu jam atau hingga tdk melekat pd penyucuk.
  • Biarkan sejuk, dan terbalikkan kek utk dihidang. 

** tun paling suka makan masa still suam ^^
*** tun guna SM bentuk2 camnih, jd xnmpk susunan epal sbb bila tuang adunan kek tun, dia turun ke bawah epal.

Friday, November 22, 2013

Ayam Goreng Berempah Rangup



Assalamualaikumm :D

fuhh.. berjaya gak menaip n3 blog minggu nih.. minggu ni dh stat sem baru, ingatkan sem nih blh 100% tumpu kat research Phd, but terpaksa gak ajar 1 subjek. Alhamdulillah subjek ni penah ajar b4 this, so xde la nk struggle study n wat lecture notes bagai, just touch-up lec notes lama je. but tergezut tgk jadual sbb 1 kelas nearly 100 students! /shock  masa lecture ok, but xsanggup nk menanda kertas ujian dan exam n also lab reports nnti.. hmmm.. nk wat camner kan, bukan senang nak senang, ye x?  

nway, terapi ketika stress is cooking, then eating. no wonder chubbier each day :-<   baru je turun 2kilo, tp dh stress n duk cari mknn manis, nmpk gaya xlama bertahan yg turun 2 kilo tu.



ok laa..menu wat 2minggu lepas kot. ke last week, lupa dh.. hihi.. sempat amik gmbr tp xsempat nk transfer n post. tun suka mkn ayam berempah, tp x bape expert nk goreng, selalu under cook dlm dlm, so nk selamat mmg akan rebus lu kejap baru perap. alhamdulillah, elok je masak :)

Ayam Goreng Berempah Rangup
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 5 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kari ayam/daging
  • Garam secukupnya
  • Tepung beras secukupnya.
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2 :
  • Rebus ayam selama 10 minit dan toskan.
  • Tumbuk bawang putih dan halia.
  • Gaulkan ayam dengan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Golekkan dalam tepung beras.
  • Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan.




Sunday, November 17, 2013

Sweet Bun yg dh bertukar jadi Slice Bread..hihi



Assalamualaikumm :D

Minggu ni officially start cuti sekolah, so terasa sedikit sunyi :( kawan2 usrah majority cikgu, jd semua pon dh balik semenanjung.. kawan2 kat kuarters ni pon ramai yg blk kampung sempena cuti sekolah nih.. untung sape2 yg husben and wife dua2 cikgu, blh balik kampung dua bulan.

dah lama x guna acuan nih
nway.. back to the recipe.. bagi sape2 yg xtau lg, kat sarawak nih xde roti gardenia, hi-5, or even mighty white yg sgt senang dpt kat semenanjung.. sbb tu biasanya kalau blk semenanjung, mmg akan beli stok roti gardenia dgn banyaknya kat epot. pastu kalau nk bg buah tangan kat staf2 opis pon, bg roti gardenia je. hihi.. kalau nk makan slice bread, kene beli kat bakery, tp mmg kualiti teruk sket, sgt berderai dan cepat berkulat X(


ada byk juga resepi roti putih kat intenet. tp susah nk jumpa yg guna 11g yis (sepeket yis).. malas nk timbang2 yis, pastu takut nnti bila dh buka dan guna sebahagian yis tu, yg lebih tu membazir. sbb aritu berpuas hati dgn hasil sweet bun resepi kak harleena nih, tun olah sedikit resepi sweet bun nih utk buat slice bread. mmg sgt lembut dan tahan hingga 3-4 hari kelembutan dia.

utk buat slice bread, tun halves kan gula, sbb xnak la roti putih jd manis kan.. sbb tun ada 1 je acuan roti putih, jd separuh buat slice bread, separuh lg bulat2 jd bun je.

Sweet Bun
Resepi: Kak Harleena Kassim FB
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 500 gm tepung gandum 
  • 1 paket yis
  • 80 gm gula - letak 40g
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu pekat manis
  • Air  ( air + telur + susu pekat = 290g)
  • 60g butter - cairkan
 Cara2:
  • Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan garam dalam mangkuk.
    Tuangkan campuran air, telur, dan susu pekat ke dlm adunan kering td. 
  • Masukkan butter, dan uli smpai jd doh. Uli hingga bila di-stretchkan doh, doh tak senang koyak
  • Rehatkan dlm 40 minit hingga sejam, atau hingga naik 2 kali ganda.
  • Timbang setiap satu dlm 25 grm. Bulat2kan, susun dalam loyang, dan rehatkan hingga naik. - utk buat slice bread, tun bahagi adunan kepada dua je
  • Bakar 12-15 minit, 180 C.

Friday, November 15, 2013

Quiche Sosej Hash Brown


Assalamualaikumm/XD

Salam jumaat, penghulu segala hari :)  ingatan utk diri sendiri dan semua, mari perbanyakkan salawat ke atas nabi

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dari Aus bin Aus radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari Juma`at.  Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku.”  [¹]
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih) -sumber

smlm buka puasa bakar ayam dan wat suhun goreng je. amik gambar suhun goreng, semua hudus! mmg tension bila rasa mcm masak sedap, pastu nk kongsi resepi.. tp gambar satu pon xjadi. saboo je laa.. 

sbb rajin nk ngapdate tiba2 kan, godek2 folder gambar, jumpa pulak gambar ni. so, arini nk tayang gambar yg dh peram few months. haha.. :p quiche nih tun reka sbb nk hntr ke majalah Jelita few months back. xperasan pulak blom update dlm blog.




QUICHE SOSEJ HASH BROWN
Resepi: tun telani

Bahan-bahan:
  • 200g Simplot Hash Brown
  • 50 g mentega – cairkan
  • 2 batang sosej
  • 1 ½ cawan daun bayam – potong halus
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 biji bawang merah - dadu
  • ½ cawan susu sejat
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada hitam

Cara-cara:
  • Hancurkan hash brown dan gaul dengan mentega yang dicairkan.
  • Tekankan dengan padat hash brown atas pie-dish bersaiz 7 inci dan bakar pada suhu 200oC selama 25 minit
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan sosej dan daun bayam dan goreng hingga masak. Sejukkan.
  • Pukul telur dan susu, masukkan sedikit garam dan lada sulah.
  • Letakkan sosej dan bayam atas crust hash brown yang telah dibakar. Tuangkan adunan susu dan telur ke atas crust dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga keperangan.
 selamat mencuba /XD

Wednesday, November 13, 2013

Ayam Masak Tempoyak



Assalamualaikum :)

 Arini dah 9 Muharram.. insyaAllah, mari sama2 puasa sunat dlm bulan Muharram nih.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” (HR. Muslim, no. 1982). sumber: ekhutbah


esok 10 Muharram, jadi insyAllah, mari sama2 puasa sunat hari 'Asyura :D

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.

tp sebab kaum Yahudi pun puasa 10 Muharram ni kan (...Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini.. ), jadi lebih elok jika digabungkan puasa dgn hari sebelum atau selepas.. (seelok2nya 9 dan 10 Muharram), tp blh juga puasa 10 Muharram saje.


ok.. selamat berpuasa! puasa2 pon, misi mengurangkan berat diteruskan dgn masak lauk2 yg lebur je.. haha... masalahnyer, masak lauk2 lebur rasa mcm sedap je, jd makan byk jugak.. saboo je la. xde disiplin lgsg.

resepi ayam masak tempoyak ni, tun jumpa kat mesra.net, tp tun olah sesuka hati ikut tekak sendiri ^^ aritu angkut tempoyak yg mama buat dgn byknyer. penuh peti ngan tempoyak. hihi

Ayam Masak Tempoyak
resepi asal: mesra.net
olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam
  • 5 bj cili padi- tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 1 sk serbuk kunyit / blh juga guna kunyit hidup
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara2:
  • Masukkan semua bahan dalam periuk.
  • Didihkan hingga ayam masak.
  • Perasakan garam.

Monday, November 11, 2013

Ayam Ungkep


Assalamualaikum :)

arini lab work habis awal, nk amik sample baru, tp hujan lebat, malas nk membasahkan diri pergi kutip sample kat taman botani. ada masa sket blh la mengapdate blog ^^

skrg musim cari resepi yg xperlu goreng2. kalau blh lebur je semua lagi bagus.. huhu.. kalau xde idea sgt nk masak, tun bakar je ayam. dh lama xmasak ikan. wiken aritu gi pasar, my laling xde berkenan kt mana2 ikan. maybe xberapa fresh kot sbb musim hujan kan skrg nih.. tun mmg xpandai pilih ikan, dan xtahan duk lama2 kat tempat jual ikan tu.. hanyir menusuk hidung. jd bila gi pasar, mmg enchik abg tun yg beli ikan, tun pegi beli ayam ngan usha2 sayur dan buah. hihi..


ok laa... resepi pilihan dlm usaha mengurangkan lemak2 di badan. huhu.. ayam ungkep yg dh diubah suai sesuka hati. kalau nk tgk resepi asal, sila rujuk myresepi di link yg diberi ye ^^

Ayam Ungkep
Resepi asal: fidadaud@myr
Olahan: tun telani

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih - dikisar halus 
  • 1 bj bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2 cili padi
  • 1 batang serai - dititik 
  • 1 keping asam keping
  • Garam - secukup rasa 
  • 2 cawan air

Cara-cara
  • Tumis bawang dan bawang putih.
  • Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, cili padi dan serai.
  • Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam. Gaul sebati.
  • Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
  • Masukkan air dan asam keping. Gaul lagi.
  • Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.

Saturday, November 9, 2013

Daging Goreng Masak Kicap Berempah



Assalamualaikummm /hihi

Weekend again :D baru berjaya mem-vacuum satu umah... lega tgk xde habuk2 dan rambut memenuhi lantai.. huhu.. skrg sgt bizi, blk umah pengsan, jd weekdays xlarat nk mengemas.. huhu.. still a week left b4 students diploma start their new sem. after this double la work load.. hopefully manage to handle both research and lecture.

nway.. daging! tiru cik melinblossom kita angkut daging dr semenanjung.. hihi.. i'm not a big fan of meat. usually kalau masak berkuah tu mmg xleh telan. xleh go ngan bau die.. the only meat that i eat are daging goreng kunyit dan gulai daging yg mama buat. specifically yg mama masak only. kalau gulai daging org len buat, usually still ada bau daging tu.


Bila ada stok daging (yg jarang2 ada kt umah nih), mmg terasa sayang kalau masak something yg tun xleh telan kan. tp xkan tiap2 kali nk goreng je kan. hihi.. so try goreng dulu daging tu then buat berkuah. mmg sedap! :D puji masakan sendiri pulak. hahaha... 

tau goreng daging tak? dulu2 xtau goreng daging, mama suruh goreng, tun goreng ngan minyak banyak mcm goreng ayam tu :p keras kejung jadinyer. kui kui.. goreng dgn minyak yg sedikit ye. gaul2 selalu, sampai air dia keluar dan kering, bila nampak garing sket bahagian luar dia, blh angkat dan tos.. owh, tun guna olive oil ye :)
i love serbuk jintan dan ketumbar /blush owh.. letak terung sbb malas nk masak sayur lain ^^

Daging Goreng Masak Kicap Berempah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 300g daging- potong nipis dan gaul garam kunyit
  • 2 bj bawang besar- mayang halus
  • 3 ulas bwg putih - tumbuk
  • 1 inch halia - tumbuk
  • 2 biji lada hijau
  • 4 sb kicap manis– agak2 je ni, kalau xcukup hitam, letak byk lg
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 2 bj terung- potong nipis - jika suka
Cara-cara
  • Goreng terung dengan sedikit minyak, ketepikan.
  • Goreng daging dengan sedikit minyak, ketepikan.
  • Dalam kuali yg sama, tumis bawang, bawang putih, dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan lada hijau dan rempah2, goreng sebentar.
  • Masukkan kicap dan sedikit air.
  • Masukkan daging dan terung, gaul sebati.
  • Kalau rajin blh hias dgn hirisan cili merah dan bawang besar potong bulat2 =)

Thursday, November 7, 2013

Sweet Bun (Plain flour)


Assalamualaikummmmm /XD

Roti fresh from oven! Sape nak meh mai umah.. hihi.. duk terliur nengok kak harleena tayang roti kat FB.. dari minggu lepas salin resepi, tp sbb sangat2 bizi dan kepengsanan tiap2 hari, tertangguh2 buat roti ni.. terliur nk try sbb resepi ni cuma guna tepung biasa je, tp nmpk hasil sgt gebuss.. makan panas2 sangat lembut dan sedapp /blush

malas nk glis ngan telur ke, ngan butter ke.. plain je, xde kilat2.. huhu



balik dr uni td terus sinsing lengan masuk dapur. uli guna mixer mata cangkuk  sbb kalau uli tangan kompom xjadi. hihi.. tun mmg fail bab uli tangan nih. semangat buat roti sbb skrg sgt bizi kdg2 pagi2 xsempat nk prepare both breakfast n lunch. dh buat roti nih, senang pg just masak utk lunch, bekfes mkn roti je :D

Half campur ngan coklat chip.. ni yg habis dulu.. hihi

Sweet Bun
Resepi: Kak Harleena Kassim FB
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 500 gm tepung gandum 
  • 1 paket yis
  • 80 gm gula
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu pekat manis
  • Air  ( air + telur + susu pekat = 290g)
  • 60g butter - cairkan
 Cara2:
  • Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan garam dalam mangkuk.
    Tuangkan campuran air, telur, dan susu pekat ke dlm adunan kering td. 
  • Masukkan butter, dan uli smpai jd doh. Uli hingga bila di-stretchkan doh, doh tak senang koyak
  • Rehatkan dlm 40 minit hingga sejam, atau hingga naik 2 kali ganda.
  • Timbang setiap satu dlm 25 grm. Bulat2kan, susun dalam loyang, dan rehatkan hingga naik.
  • Bakar 12-15 minit, 180 C.

Tuesday, November 5, 2013

Ayam Phat Phet



Assalamualaikummmm :)

Salam Maal Hijrah.. kejap je kan dah masuk tahun baru.. rasa mcm baruuu sgt baca doa akhir dan awal tahun.. mcm2 yg diharapkan utk tahun lepas, tp Allah lebih mengetahui apa yg terbaik. semoga terus diberikan kekuatan utk bersangka baik padaNya. 

nway.. Alhamdulillah.. berjaya turunkan 1kilo.. hehe.. :D sekilo je pon, tgh berusaha turunkan 3kilo, kalau dpt turun lebih dr 3kilo tu kira bonus lah..  mmg susah nk control makan, lagi2 bila duk turun naik lab, pastu duk mengadap laptop sepanjang hari. mmg mulut tu rasa mcm nk mengunyahh je kerje. aish.. xtau la nape lapar sokmo tun nih... skrg bila kuar mesti beli buah2 sikit, pastu kacang2.. supaya at least bila snacking tu xde la makan mende ngarut2 kan. pastu bawa plain water botol tupperware yg besar tuh.. hihi.. mmg xkan beli air manis kat uni. moga2 berjaya la kuruskan badan semula. aritu gi daurah, ramai tegur agak berisi skrg :(   chaiyok2.. kurus! kurus!! jgn goda tun dgn kek dan kuih2 manis ye.. kuih blh buat sebulan sekali je for the moment.


ok laa.. menu yg biasa tun buat tp xselalu amik gambar takut nnti bosan org tgk menu sama je. ayam phat phet yg tun suka sgt makan. ayam xpayah goreng2, so x ganggu diet. cuma lebihkan sayur, kurangkan nasi, dan jgn minum air manis ye :)



Ayam Phat Phet
Resepi: Widad@myr
Olahan: tun telani

Bahan A
  • 3 hingga 5 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
Bahan B
  • 6 ketul ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • sedikit Garam dan Gula
Cara-cara
  • Kisar bahan A dan tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan B dan 1 hingga 2 cawan air.
  • masak hingga  mendidih dan kuah nmpak pekat.
  • Siap

Friday, November 1, 2013

Baked Dory with Fries Topping



Assalamualaikummm :D

Salam jumaat ^^  arini gi uni half day je.. kih kih... penat otak sepagi meeting, ptg dh malas nk buat lab work. Pg td sebelum masuk meeting, marathon prepare extraction, perlu run 72 hours, so pagi isnin nih boleh proceed evaporation pulak. problem skrg bakteria yg nk guna blom dapat, doa2 moga ada la yg berbaik hati reply request kami minta sample. yg order dr company lambat sgt delivery dia.

ok laa.. antara menu yg sangat simple yg tun bjaya buat. time xde idea nk masak just godek2 pakcik gugel, mcm2 idea dapat. resepi simple dah, tp olah supaya makin simple. bukan malas ye, kita panggil tu satu inovasi.. hihi... :p


Baked Dory with Fries Topping
Adaptasi dr:  TryMasak
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 keping fillet ikan dory
  • 1 cawan fries
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 1/2 bj limau nipis- ambil jus

Cara2:
  • Basuh ikan dori dan lap hingga kering.
  • Gaulkan ikan dengan sedikit minyak zaitun, jus limau nipis, garam, dan lada hitam. Letakkan atas dulang pembakar.
  • Cincang fries ke saiz yg agak kecil, dan letakkan atas ikan dori tadi, dan tuang sedikit minyak zaitun di atasnya.
  • Bakar pada suhu 250 C selama 20 minit atau hingga ikan masak. Kemudian, tukar pada api atas/ grill hingga kentang tadi kuning keemasan. 
  • Hidangkan bersama coleslaw.