Friday, July 4, 2014

Kuih Buka Puasa: Bingka Sukun dan Cekodok Sukun

tak cantik sbb tak jumpa bijan..huhu
Assalamualaikummmm :)

Salam jumaat yg barakah.. Jumaat pertama dlm bulan Ramadhan tahun nih.. lepas update ni nk gi potong kuku, hehe.... kalau duk tangguh2 nnti tiba2 dh maghrib. blom baca al-kahfi lagi nih, nnti insyaAllah lps zohor baca. Kalu tak larat baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir je. Moga2 kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

Alhamdulillah.. setakat ni masih berpuasa. Mmg sgt2 mencabar puasa tahun nih.. alhamdulillah tun defer my PhD dan amik cuti awal, kalau tak rasa2nya mmg xmampu nk puasa.. huhu... jeles jugak tgk org yg xde alahan sgt time pregnant dan blh puasa dgn jayanya. tp insyaAllah, Allah bg alahan teruk nih, mudah2an Allah permudahkan masa bersalin nnti. Aminn..... cuma doa2 spy baby cukup zat.. risau juga bila xblh makan nih. mlm2 cuma konsisten pil iron je sblm tido. huhu... smlm berjaya minum soya, nnti nk beli soya lagi la.. at least, xdpt mkn pon, ada jugak zat sikit2.


Bingka sukun ni buat 2hari lepas dh.. 1st time buat bingka sukun. Biasa sukun tun goreng je, dan kalau lembik wat cekodok. Tp terjumpa resepi bingka sukun masa duk gugel. Kebetulan abah beli sukun b4 puasa, mula2 nk goreng, tp nmpk mcm muda sgt, keras kejung. biar dulu, lps 2-3 hari tgk2 dh lembik. haha... 

Bingka Sukun
Resepi: Kak Am
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 450-500g buah sukon [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng] (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air) - tun guna sukatan air dibawah
  • 4 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 180g gula
  • 300ml santan (santan kotak 'KARA')
  • 150ml air
  • 1 sk (sudu kecil) garam
  • sedikit vanila (optional) - tun xletak
  • sedikit pewarna kuning - tun xletak
  • sedikit bijan utk tabur (jika suka)-

Cara2:
  • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
  • boleh juga diblender
  • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
  • (kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
  • Tuangkan adunan & tabukan bijan
  • Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga 40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
  • (tapi kalau bakar dlm bekas muffin kurangkanlah sikit masanya lama sangat nanti rentung pulak..!)
  • Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!

Sukun yg lembik tu byk jugak isi dia walaupon kecik je. Jadi separuh mama tun buat cekodok.. suka bau cekodok sukun nih.. sukun yg masak mmg bau harum. tapi rasa dia x manis tau.. jd mmg perlu tambah gula. wat mcm wat cekodok pisang ye.



Cekodok Sukun
Resepi: tun telani
  • Buah sukun -yg masak ranum
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam

Cara2:
  • Lecek buah sukun (mcm buat cekodok pisang), campurkan dgn sedikit gula mengikut kemanisan yang disukai.
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, adunan jgn pekat sgt.
  • Masukkan garam.
  • Goreng.

8 comments:

asyifamustaffa said...

1st time tau sukun bole buat cekodok dan dibingkakan...msti sedap rasa lemak2nya ya Tun..

Azwa Azee said...

sis! tq so much... xtau pula sukun boleh buat bingka... biasa kalau x goreng, buat cekodok je...

Mel said...

Payah nk jumpa sukun ni.mmg sedap dimkn.lg2 buat kerepek..fuhhhhh

Rohah said...

Sedap betul tgk bingka tun ni...akk blm pernh try lg bingka sukun...
Slmt menempuh puasa dgn jayanya.teringat akk pregnant time puasa...alah teruk pulak tu...in sha Allah Allah permudahkn..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak buka rumah Tun lah hari ni.. best tu :)

LiNa_Pg said...

Buah sukun biasa makan yg goreng jer (Itu pun hasil tunjuk2 hihiii)
Rupanya macam2 lagi boleh diolah...menarik bingka sukun tun tu..

Yana Shaiful said...

Salam Tun cayang..
tak pernah pikir plak nak membingkakan & mengcekodokkan cik sukun nii..k.yana tau goreng je.. harus try jgk pasni ^_^

Unknown said...

hi, anyone know where to get the buah sukun?