Saturday, July 12, 2014

Menu Buka Puasa: Roti John


Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita berpuasa.. mmg rugi kalau sia2 kan bulan yg mulia ni. jadi sblm berakhir ramadhan, mari kita marathon ibadah ^^  selain solat dan qur'an, blh banyakkan amalan bersedekah juga.. kat FB skrg masing2 duk share pasal GAZA kan.. jgn share saje2, selain doa, infak kan sedikit harta kita pada mereka.. blh klik gambar Aman Palestin kat side bar belah kanan ni blog tun ni.. mcm2 cara utk menderma ada :) insyaAllah, walaupon sedikit, besar nilainya pada mereka di sana. lagi pun minggu depan Aman Palestin akan hantar rombongan pakar perubatan utk mmberi bantuan, mungkin bantuan kita pd hari ini boleh menampung kos ubat-ubatan dan perjalanan mereka, insyaAllah :)

Ok lah..nk share menu pula.. sbb tun xberapa kuat nk masuk dapur time puasa kali ni.. jd most of the time, mama yg masak.. tun tolong sikit2 je.. huhu.. tp smlm berkobar2 pula semangat nk wat Roti John ni. ekceli dr last week lg nk buat. tp duk tangguh2.. 

gambo dlm dulang terus haa.. kui kui
Tun buat 2 jenis.. satu inti ayam, satu inti daging.. 2 dulang terus buat smlm. hahaha.. mclm nk jual kt pasar mlm dh rasanya :p  alang2 buat, hantar gi surau dan umah sedara2 sikit :)

Roti John Mudah
Resepi: umie @ myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 250gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls'
  • sos dan mayonis (jika suka)
Cara2:

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan adunan daging+telor atas roti  - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka- tun letak coleslow, timun dan tomato

Sunday, July 6, 2014

Kuih Buka Puasa: Kuih Tepung Bunga

 Assalamualaikummmm :)

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke dua ramadhan.. dh brp juzuk Qur'an berjaya baca? jom marathon sama2 khatamkan :) bulan puasa ni pahala berganda2.. tun nk solat sunat byk2 xlarat, sbb bila sujud sure rasa nk termuntah, jd harapkan pahala baca qur'an je lebih sikit..huhu.... 

Ok laa.. nk tulis panjang2 xde idea.. nk gi ronda2 dapur kawan2 pulak pasni. 2-3 hari sekali baru buka laptop nih. guna hp susah nk BW.


Kuih tepung bunga ni kuih penyelamat di bulan puasa. haha.. mmg kuih wajib 2-3 kali buat sepanjang ramadhan. sbb sangat express.. kdg2 bila dh siap masak tu, xde kuih nk hntr ke surau, mmg godek2 kuih tepung bunga ni la. kejap je siap.. ni kuih jenis yg campak2 dan xpernah tun sukat tepung santan bagai.. so tun cnp dr blog kak nor sukatan dia.. adunan dia mcm nk buat onde2.

KUIH TEPUNG BUNGA
Resepi: kak Nor 
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 1 1/2cawan tepung pulut
  • 3/4cawan (180ml) santan pekat - boleh juga guna air
  • 1/2 st garam halus
  • 2 bj telur
  • minyak utk goreng
  • gula utk tabur
Cara2:
  • Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
  • tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
  • Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
  • Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan  leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
  • Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
  • Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
  • Siap!

Friday, July 4, 2014

Kuih Buka Puasa: Bingka Sukun dan Cekodok Sukun

tak cantik sbb tak jumpa bijan..huhu
Assalamualaikummmm :)

Salam jumaat yg barakah.. Jumaat pertama dlm bulan Ramadhan tahun nih.. lepas update ni nk gi potong kuku, hehe.... kalau duk tangguh2 nnti tiba2 dh maghrib. blom baca al-kahfi lagi nih, nnti insyaAllah lps zohor baca. Kalu tak larat baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir je. Moga2 kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

Alhamdulillah.. setakat ni masih berpuasa. Mmg sgt2 mencabar puasa tahun nih.. alhamdulillah tun defer my PhD dan amik cuti awal, kalau tak rasa2nya mmg xmampu nk puasa.. huhu... jeles jugak tgk org yg xde alahan sgt time pregnant dan blh puasa dgn jayanya. tp insyaAllah, Allah bg alahan teruk nih, mudah2an Allah permudahkan masa bersalin nnti. Aminn..... cuma doa2 spy baby cukup zat.. risau juga bila xblh makan nih. mlm2 cuma konsisten pil iron je sblm tido. huhu... smlm berjaya minum soya, nnti nk beli soya lagi la.. at least, xdpt mkn pon, ada jugak zat sikit2.


Bingka sukun ni buat 2hari lepas dh.. 1st time buat bingka sukun. Biasa sukun tun goreng je, dan kalau lembik wat cekodok. Tp terjumpa resepi bingka sukun masa duk gugel. Kebetulan abah beli sukun b4 puasa, mula2 nk goreng, tp nmpk mcm muda sgt, keras kejung. biar dulu, lps 2-3 hari tgk2 dh lembik. haha... 

Bingka Sukun
Resepi: Kak Am
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 450-500g buah sukon [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng] (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air) - tun guna sukatan air dibawah
  • 4 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 180g gula
  • 300ml santan (santan kotak 'KARA')
  • 150ml air
  • 1 sk (sudu kecil) garam
  • sedikit vanila (optional) - tun xletak
  • sedikit pewarna kuning - tun xletak
  • sedikit bijan utk tabur (jika suka)-

Cara2:
  • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
  • boleh juga diblender
  • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
  • (kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
  • Tuangkan adunan & tabukan bijan
  • Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga 40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
  • (tapi kalau bakar dlm bekas muffin kurangkanlah sikit masanya lama sangat nanti rentung pulak..!)
  • Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!

Sukun yg lembik tu byk jugak isi dia walaupon kecik je. Jadi separuh mama tun buat cekodok.. suka bau cekodok sukun nih.. sukun yg masak mmg bau harum. tapi rasa dia x manis tau.. jd mmg perlu tambah gula. wat mcm wat cekodok pisang ye.



Cekodok Sukun
Resepi: tun telani
  • Buah sukun -yg masak ranum
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam

Cara2:
  • Lecek buah sukun (mcm buat cekodok pisang), campurkan dgn sedikit gula mengikut kemanisan yang disukai.
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, adunan jgn pekat sgt.
  • Masukkan garam.
  • Goreng.

Tuesday, July 1, 2014

Menu Buka Puasa: Roti Jala



Assalamualaikum :)


Salam Ramadhan 1435H.. dh masuk hari ke 3 berpuasa. Tahun ni tun berpuasa kat kampung. Alhamdulillah setakat ni bertahan lagi, walaupon ptg2 tu rasa mcm nk terpengsan pon ada jugak.. huhu... tp rasa gerakan baby ni ok je, insyaAllah Ok. Harap2 bertahan sampai akhir Ramadhan.. cuma kali ni terpaksa terawikh 8 rakaat je. tak tahan nk sujud byk2 kali sbb tiap2 kali sujud sure rasa nk muntah. Dah 31 minggu masih lagi ada sikit2 alahan. Biasa lepas berbuka stand-by nk berlari ke toilet, sbb sure mknn akan terkeluar semua. Semalam lepas berbuka dh muntah.. pastu blk terawikh paksa diri mkn, tp still muntah jugak. Last2 mkn buah pastu tido... Alhamdulillah sahur td blh makan.. Siang pon xde rasa nk muntah. Berkat bulan Ramadhan, sblm ni try puasa Syaaban nmg muntah teruk.

Nak wat warna warni, tp mama ckp xlalu nnti nk makan, mama nk yg letak kunyit je


Nway.. share idea utk berbuka.. awal2 ni biasanya byk lg idea nk masak.. nnti dh lps separuh ramadhan sure mati kutu kan.. haha... ptg smlm terasa mcm nk mkn roti jala. Dlm duk lembik tak larat tu, bila nk makan semua pon boleh kan.. haha. Tun menjala je, yg lain semua mama yg buat :)


Makan ngan kari dalca ayam yg mama buat.. sedap sgt :)

Roti Jala
resepi: tun_telani
  • 3 c air/susu/santan
  • 1 bj telur
  • 1 sk kunyit @ pewarna
  • 2 1/2 sb minyak
  • 3 c tepung gandum
  • 1 sk garam
Cara2:
  • Masukkan semua bahan dlm blender ikut urutan di atas.
  • panaskan non-stick pan.
  • masukkan adunan roti jala dlm acuan/botol, dan jalakan atas kuali.
  • Biar sebentar sampai masak (tak perlu balikkan).
  • Angkat dan lipat.
  • Boleh hidang dgn kari ayam atau serawa durian.
  • nota: air tu ikut jenis tepung ye kawan2.. kalau pekat sangat sampai susah nk jala tambah sikit air, kalau terlalu cair tambah tepung sikit.. biasa nya tun guna dlm 3 hingga 3 1/2 cwn air.