Tuesday, May 3, 2016

Mee Rebus Johor


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah... slps 3 hari bercuti, hari ni blh mngadap laptop.. hehe.. masa cuti mmg xde peluang nk duduk kat meja, sbb baruuu je nak duduk meja study, cepat2 harith dtg bergayut kat kaki.. huhu..

Ni menu semalam.. dh lama mama-in-law bagi buku warisan turun temurun menu johor nih.. tp sbb buku org lama2, baca pon pening.. sukatan guna kati laa, nama rempah2 yg x dikenali la.. adoiii... penat gugel nk translate.. kih kih.. tp sbb encik laling dh ckp bila nk menerai masak guna buku resepi ni kan, jd tun suruh dia pilih nk yg mana.. n guess what dia pilih? ;)


kalau ikut resepi asal, ada mcm2 garnish, tp sbb tun rajin kan, buat simple2 je.. kih kih..

Mee Rebus Johor
Resepi Asal: Haji Ahmad bin Yaakub, buku Medan Selera
Olahan: tun telani

Bahan2 kuah

Bahan kisar:
  • 10 bj lada kering
  • 2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk kunyit
  • 1 sk serbuk jintan manis 
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 cm ubi cekur
  • 1 inch halia
  • 3 bj bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 20g kacang tanah - goreng

  • 1 bj bawang besar- mayang
  • 150g daging lembu - potong kecil
  • 150g udang - buang kepala
  • 1 kentang (saiz besar), kalau kecil 2 biji - dadu kecil
  • 200 ml santan
  • 3 bj cengkih
  • 3 bj pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • garam secukup rasa

Bahan2 lain
  • 500 g Mee kuning
  • Taugeh
  • Cucur udang - x buat
  • Paru dan hati goreng- x letak
  • Sotong goreng - x buat
  • Bawang goreng
  • Telur rebus
  • Daun Bawang
  • Daun sup
  • Cili Hijau/merah
  • Limau kasturi

Cara2:
  •  Tumis bawang besar dan rempah kasar sampai wangi. Masukkan bahan2 kisar dan tumis lg.
  • Masukkan daging dan udang serta sedikit ar serta santan. Renih selama sejam hingga daging empuk.
  • Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat. Perasakan garam.

Untuk hidangan, celur mee kuning, dan tabur semua bahan2 lain mngikut kegemaran :)



7 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam Tun, sedapnya mi rebus tu kuah pun pekat2..ada sekali buat mi bandung..tu pun pes ready made mak pon

Amie said...

Sedapnya Tun..mee rebus tu kita jumpa di dapur kita sesekali jew... terutama bulan pose ...

Kamsiah yusoff said...

tun..akak pun makan mi jugak..tp mi kuah gearbox aja la hehe

Ayu said...

Assalam Tun,
wah resepi dari buku lama2 ni yang best..
pasti sedap & lain dari yang lain..
tengok bahan2nya pun lain ..:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Pergghhh cuti lama ni Tun masak mee rebus..
Memang best lah..
Tengok kuah pekat..
Sedap menyudu en laling tu ye 😊
👍👍

maz said...

Assalamualaikum Tun..
Kmaz pun ada 1 mee bandung duk peram dlm folder tu..Mee rebus pun sedap deh

maz said...

Assalamualaikum Tun..
Kmaz pun ada 1 mee bandung duk peram dlm folder tu..Mee rebus pun sedap deh