Sunday, February 14, 2016

Chewy Gooey Brownies




Assalamualaikummmm :)

Haaa... 2 entries sekali arini ni.. hahahaha... sempena bday encik laling ku terchenta (walaupon daku sgt degil kadang2 suka cari gaduh tanpa sebab, merajuk pon xpasal2, terima kasih kerana selalu bersabar menghadapi nya.. hehe..) 

Sebab masa mencemburui.. cewah.... mcm bz beno.. ekceli tun terlupa yg encik laling outstation, n flight tghari td, so xde la sempat nk buat cheesecake kegemaran encik laling ku itu.. jd ganti dgn brownies (yg sebenornya tuan badan yg nk makan.. hahaha).. xpe la, asalkan ada kan. 

Ni resepi yg sangat2 sedap di tekak tun.. siyes tak tipuu... kalau tipu dose.. sesuai dgn nama dia.. chewyy gooeyy hevenly chocolatyyy.. sekali makan kene jogging 2km. hehe...


texture yg dense, padat dgn coklat.. kerat kecik2 je sekali makan ye.. jangan baham mcm makan kek, nnti kene diet seminggu..

Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:

  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder
B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder
C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla


Cara2:

  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave. tun guna microwave, senang kije.
  • Ayakkan bahan B.


  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.
tak cantik pulak gambar ni.. terang sgt.. utk corak tu, gunting bentuk love kat kertas, then ayak gula icing



Nyum nyum.. nampak tak berkerak kat atas, pastu dalam dia lembab dan padat.. sedap oooo... ni bungkus kasi kat anak2 usrah encik laling.

Homemade Chicken Burger


Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah... harini birthday encil Laling yg ke 31.. Happy Birthday dear.. semoga Allah berkati umur yg diberi, semoga ditetapkan iman dan taqwa kepada-Nya, aminnn...

Takde sambut sgt pun, sbb tghari flight encik laling tun ke KL, esok ada meeting. so pagi2 just baked chocolate brownies as birthday cake, then buat burger special nih.. patty dh buat in advance, frozen kan. bun baru bakar ptg semalam. wedges pun buat sendiri ^^ 


Ni yg mama harith.. size kecik sket.. hehe... yg abi td dh makan sket baru teringat nk letak cheese.. haha.. 

nak buat senang je kalau ada food processor, kalau xde tu renyah sket lah.. 

Homemade Chicken Burger 
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 500 g dada ayam
  • 2 keping tauhu (tauhu biasa yg empat segi tu)
  • 1 bj telur
  • 1 bj bawang besar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 cawan breadcrumps

Cara2:

  • Potong kecil semua bahan dan masukkan dalam food processor. Kisar.

  • Buat bentuk bulat2 ikut saiz yg disukai.. alas plastik setiap satu burger. 
  • Boleh goreng terus atau frozenkan.


  • Goreng guna non-stick pan.
Senangkan :) selamat mencuba.. buat sendiri lebih sihat, no extra fat, no preservative ^^