Wednesday, May 11, 2016

Crunchy Garlic Chicken with Lemon


Assalamualaikummmm ^^

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Allah lah sebaik2 pemberi rezeki. Benarlah kata Allah, makin banyak kita memberi makin banyak yg kita akan terima :) menerima berita gembira pagi ni, insyaAllah nnti2 tun akan kongsikan.

nway, masih lagi dlm mood menerai resepi abg Jamie dari buku food revolution. on the early pages on this book, Jamie suruh cuba resepi then pass the recipe to at least 2 people. so tun share kat sini moga2 ramai yg akan mencuba resepi mudah ni :)



nama menu ni Crunchy Garlic Chicken je, tun saje2 tambah with lemon tu sbb bau lemon dia wangiiii... bila buat crumbs dia satu rumah bau best sbb lemon zest tu.. rasa bersalah sbb bila budak2 dtg ngaji semua pakat ckp sedapnya bau. tp sbb tun buat sikit je utk buka puasa, xdpt dh dh offer kat semua org. huhu.. nx time ustazah buat byk sket ye.. 

Crunchy Garlic Chicken with Lemon
Resepi: Jamie Oliver, buku Food Revolution
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 keping dada ayam- ketuk2 utk nipiskan
  • 1 ulas bawang putih - yang besar
  • 1 bj lemon - tun guna half je
  • 6 keping plain crackers
  • 2 sb butter
  • 4 tangkai parsley - tun guna 2 sk mixed herbs
  • garam
  • lada hitam
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 bj telur

Cara2:
  • Buat crumb: Blend crackers, butter, lemon zest (parutan kulit lemon), herbs, garam dan pepper dalam food processor sampai halus. Masukkan dalam mangkuk.
  • Gaul ayam dalam tepung hingga meliputi seluruh permukaan. Masukkan dalam telur yg dah dipukul.
  • Masukkan dlm crumb td, tekan2 supaya crumbs melekat ke seluruh permukaan ayam.
  • Bakar dalam oven suhu 180 C selama 15 minit atau goreng dgn minyak yg sedikit 4-5 minit setiap belah ayam.
  • Hidangkan dgn lemon wedges.

Wednesday, May 4, 2016

Jamie's Cracking Burger - Tutorial


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. masih berkesempatan berkongsi resepi di blog ni.. minggu ni mencabar diri utk menerai resepi dari buku resepi Jamie Oliver. tun mmg suka tgk Jamie Oliver masak kat tv. Dulu2 selalu teringin nk beli buku resepi Jamie Oliver, tp beratus2 harga, so batalkan niat. rasa membazir pulak sbb blh je gugel resepi Jamie Oliver, x pon rekod je Jamies Oliver masak kat Astro. 

Tp last 2 year en. laling outstation, sekali dia balik bawa buku resepi Jamie Oliver laaa!! Fuhh.. punya laa berbunga-bunga hati wife dia nih. hahaha.. memborong kat Big Bad Wolf, buku Jamie Oliver x sampai 30 ringgit. untung untung... buku resepi Nigella pon ada.. Menambah koleksi buku resepi kat rak. rasa2nya dh byk kali khatam duk belek2 n baca resepi.. buatnya tak pon.. hahhahahhaaaa.... last2 wiken aritu encik laling ckp, buku resepi byk2 bila nk cuba. kih kih.. so minggu ni kita masak western ikut buku abg Jamie ye :)


Jamie Oliver's Cracking Burger
Resepi: Buku Jamie's Food Revolution
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1 pound (450g) daging kisar - tun cincang sendiri daging
  • 12 keping biskut cream cracker - hancurkan
  • 2 tsp mustard
  • 1 bj telur
  • 8 tangkai parsley - tun guna 2 sk mixed herbs 
  • Garam dan lada hitam
  • Slice cheese - tun tambah 
  • Olive oil

Cara2:

  • Masukkan semua dalam food processor dan kisar sebati. Kalau xde food processor, guna daging cicang, blend cream cracker dan gaul2 sebati.

  • Bahagikan burger kepada 6 bahagian. Bulat-bulatkan.. tun tambah cheese kat tengah2 burger.
  • tekan ke ketebalan yg diingini, dlm 3/4 inchi.
  • sapukan sikit olive oil di permukaan burger, letak dlm fridge spy bentuk kekal. Boleh frozenkan.
  • Masak atas pan selama 3-4 minit utk setiap permukaan.

Selamat mencuba!! Encik laling makan penuh selera ^^


I'm not a big fan of red meat, so chicken burger for me :) resepi kat SINI


Tuesday, May 3, 2016

Mee Rebus Johor


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah... slps 3 hari bercuti, hari ni blh mngadap laptop.. hehe.. masa cuti mmg xde peluang nk duduk kat meja, sbb baruuu je nak duduk meja study, cepat2 harith dtg bergayut kat kaki.. huhu..

Ni menu semalam.. dh lama mama-in-law bagi buku warisan turun temurun menu johor nih.. tp sbb buku org lama2, baca pon pening.. sukatan guna kati laa, nama rempah2 yg x dikenali la.. adoiii... penat gugel nk translate.. kih kih.. tp sbb encik laling dh ckp bila nk menerai masak guna buku resepi ni kan, jd tun suruh dia pilih nk yg mana.. n guess what dia pilih? ;)


kalau ikut resepi asal, ada mcm2 garnish, tp sbb tun rajin kan, buat simple2 je.. kih kih..

Mee Rebus Johor
Resepi Asal: Haji Ahmad bin Yaakub, buku Medan Selera
Olahan: tun telani

Bahan2 kuah

Bahan kisar:
  • 10 bj lada kering
  • 2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk kunyit
  • 1 sk serbuk jintan manis 
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 cm ubi cekur
  • 1 inch halia
  • 3 bj bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 20g kacang tanah - goreng

  • 1 bj bawang besar- mayang
  • 150g daging lembu - potong kecil
  • 150g udang - buang kepala
  • 1 kentang (saiz besar), kalau kecil 2 biji - dadu kecil
  • 200 ml santan
  • 3 bj cengkih
  • 3 bj pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • garam secukup rasa

Bahan2 lain
  • 500 g Mee kuning
  • Taugeh
  • Cucur udang - x buat
  • Paru dan hati goreng- x letak
  • Sotong goreng - x buat
  • Bawang goreng
  • Telur rebus
  • Daun Bawang
  • Daun sup
  • Cili Hijau/merah
  • Limau kasturi

Cara2:
  •  Tumis bawang besar dan rempah kasar sampai wangi. Masukkan bahan2 kisar dan tumis lg.
  • Masukkan daging dan udang serta sedikit ar serta santan. Renih selama sejam hingga daging empuk.
  • Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat. Perasakan garam.

Untuk hidangan, celur mee kuning, dan tabur semua bahan2 lain mngikut kegemaran :)