Monday, June 19, 2017

Ayam Masak Padang

Assalamualaikummmm 😊


Alhamdulillah.. ada peluang kongsi resepi lagi ^^ ni menu buka puasa 2-3 hari lepas.. hihi... duk tangguh2, nak update blog. Tak sempat. 💖


Dah penghujung ramadhan ni, tiap2 hari struggle pikir menu. mati kutu dah nak masak apa. bila xde idea, kita SOS kat FB. hihi.. Alhamdulillah, banyak cadangan dari kawan2 FB. Tun try resepi yg kak Cda D'Nuanza suggest 😍

Ayam masak padang ni rasa dia mcm rendang sket. Dua2 pon sedap. Selamat mencuba

AYAM MASAK PADANG
Resepi: kak normah (xde link)
Sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
  • 5 helai daun limau purut [koyakkan]
  • 2 batang serai [ketukkan]
  • 2 cawan santan [1/2 biji kelapa] - guna sekotak santan 200ml
  • 10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 1 keping asam keping
  • 3 s/b minyak
  • garam

Bahan-bahan diblender halus
  • 10 biji cili api - tun letak 5biji je
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

Sedap makan dengan roti, nasi putih, or nasi minyak ^^

2 comments:

adda syuhada said...

Mengancam pula nengok ayamnya..

PH said...

Yummy nya!